Dua orang adik beradik perempuan masing-masing berumur 5 dan 8 tahun dijumpai selamat di sebuah hutan yang tebal di California setelah hilang selama 44 jam. Operasi menyelamat berjaya mengesan lokasi mereka melalui pembalut makanan dan jejak tapak kaki mereka sepanjang denai.
Caroline dan Leia Carrico dilaporkan hilang Jumaat lalu sekitar jam 6 petang dan dijumpai hampir 2 hari kemudian kira-kira 1.4 batu dari rumah mereka menurut jurucakap pasukan penyelamat. "Ini satu keajaiban kerana mereka dijumpai masih hidup dalam keadaan hutan yang tebal," katanya lagi. Kedua-dua kanak-kanak itu tidak menghadapi sebarang kecederaan kecuali sedikit dehidrasi. Pasukan penyelamat percaya kanak-kanak itu terselamat kerana pernah mempelajari kelas survival yang melatih remaja bertahan dalam keadaan ekstrim. Lebih 250 anggota penyelamat dari 14 agensi terlibat dalam operasi menyelamat. Mereka mendapat petunjuk selepas menjumpai cebisan pembalut makanan dan tapak kaki mereka berdua. Setelah sampai di pinggir Taman Negeri Richardson Grove, mereka terdengar suara kanak-kanak tersebut menyahut seruan meminta tolong. Menurut polis, mereka berdua sesat selepas cuba menjejak laluan seekor rusa. Dipercayai selama hampir dua hari di dalam hutan, mereka hanya meminum air yang terperangkap pada daun tumbuhan. Kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga mereka selepas pihak hospital mengesahkan mereka berdua dalam keadaan sihat. Satu peringatan buat ibubapa untuk sentiasa berwaspada kerana malang tidak berbau. Dalam kes ini mereka bernasib baik kerana dijumpai dalam keadaan selamat. -CARI
|
5
Bagus |
6
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 5-3-2019 12:28 PM
Anak akak biasa sesat kt shopping mall bahagian mainan
ADVERTISEMENT