AirAsia sekali lagi menempa kejayaan apabila menandatangani perjanjian kerjasama sebagai syarikat penerbangan eksklusif rasmi Liga Malaysia 2019-2020. Pernah dinobatkan sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik 10 tahun berturut-turut, AirAsia tawarkan diskaun tambang penerbangan kepada pasukan yang bermain dalam Piala Malaysia, Liga Super, Liga Premier, dan Kejohanan Piala FA di seluruh Malaysia dan rantau ini. Selain itu, AirAsia juga berhak dalam penjualan tiket secara tunggal atau dipakejkan sekali bersama penerbangan dan tawaran hotel atau salah satu daripada dua pilihan itu. Tetapi tempahan hanya boleh dibuat di laman web AirAsia Red Tix sahaja.
Sumber: AirAsia
|
ADVERTISEMENT