CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Panas! Lady Gaga Dan Justin Theroux Dikatakan Bercinta Dalam Diam

11-3-2019 10:39 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3459| Komen: 11|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Gosip kini bertiup kencang mengatakan cinta baru berputik di antara penyanyi yang baru putus tunang, Lady Gaga dengan pelakon kacak Justin Theroux yang juga bekas suami kepada pelakon Jennifer Aniston. 



Kredit foto: Carian Google


Menurut sumber dalaman yang menggunakan nama samaran ‘incogneato’ di laman LipsticKelly, perkenalan antara mereka berdua masih baru dan kedua-duanya belum bersedia untuk mendedahkan hubungan tersebut kepada media dan rakan-rakan. 


Kredit foto: Oh!notheydidn't



Sumber itu memberitahu gossip awal yang kononnya mengaitkan Lady Gaga dan Bradley Cooper, pasangannya dalam filem A Star is Born sebenarnya tidak benar. Ini kerana Bradley masih bahagia dengan kekasihnya supermodel Irina Shayk dan Lady Gaga hanya menganggapnya sebagai rakan seperjuangan, terutama sekali untuk menghidupkan watak mereka sebagai kekasih dalam filem dan duet lagu tema ‘Shallow’ yang memenangi Oscar.


Kredit foto: LipsticKelly


Bagaimanapun Lady Gaga dan Justin Theroux baru dilihat keluar bersama beberapa kali dalam minggu lepas memandangkan kedua-duanya mempunyai jadual yang ketat. Mareka juga enggan membenarkan pegawai publisiti masing-masing membuat kenyataan. Pertemuan mereka dikatakan bermula kerana masing-masing tinggal di kejiranan yang sama di New York.



Kredit foto: GagaDaily

Jika benar hubungan ini seperti dakwaan ‘incogneato’,  tidak diketahui apakah respon peminat Lady Gaga yang mahu beliau rujuk kembali dengan kekasih lamanya Taylor Kitch selepas putus tunang dengan Christian Carin baru-baru ini. - CARI 

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ikinbest 11-3-2019 11:31 AM
Taylor kitch??  christian carin? ..   
Quote azwanaliori 11-3-2019 11:59 AM
Hollywood dirty petri dish.. Everyone is just fuck*ng everyone haha
Quote Sang_Pencinta 11-3-2019 12:08 PM
ikinbest replied at 11-3-2019 11:31 AM
Taylor kitch??  christian carin? ..

Oppsss dah beltulkan typo
Quote ikinbest 11-3-2019 12:13 PM

hahaha..
Quote kukukatablog 11-3-2019 05:03 PM
jauh panggang dari api Bradley Cooper nak pada lady gaga compare dengan Irina yg jauh lagi cantik....
scary tengok muka lady gaga ni lately cam terlebih botox....
Quote dauswq 11-3-2019 09:44 PM
akhirnya keluar gak berita ni. thanks TT
Quote ikinbest 12-3-2019 12:35 AM
dauswq replied at 11-3-2019 09:44 PM
akhirnya keluar gak berita ni. thanks TT

Ngape chuols,, mmg benarkah berita ini?
Quote Sang_Pencinta 12-3-2019 04:22 AM
dauswq replied at 11-3-2019 09:44 PM
akhirnya keluar gak berita ni. thanks TT

Thanks for the tips lol
Quote sue_liah 12-3-2019 03:35 PM
Edited by sue_liah at 12-3-2019 03:37 PM

kawen gak mek jen dgn si justin ni ek

pastu cerai juga ke
hollywood ni pusing2 tang tu la

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045983 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top