Rasanya umum sudah tahu perkahwinan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila kini bermasalah dan mereka saling berkongsi status sedih di laman sosial tentang rumah tangga mereka.
Baru-baru ini, kakak kepada pengacara terkenal Neelofa itu telah berkongsi screenshoot mesej perbualan dengan individu misteri di laman instagramnya. Individu tersebut memberi kata-kata semangat untuk Nabila supaya dia lebih teguh dan kuat untuk menempuh segala ujian. Bukan itu sahaja individu itu juga sentiasa doakan Nabila dan Bayinya sehingga sanggup membawa susu ke rumahnya. Apa pun yang terjadi kepada mereka sekarang kita doakan sahaja yang baik-baik, tiada rumah tangga yang sentiasa aman tanpa masalah, yang penting kedua-dua mereka harus bertolak ansur, demi anak lelaki mereka Jayden. Untuk pengetahuan anda semua Nabila dan Sharnaaz bernikah pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden. -CARI |
ouch! replied at 21-3-2019 12:29 PM
Skali baca pun tahu tu perempuan yg bagi semangat kat kawan dia kot?
ADVERTISEMENT