Zaman sekarang ini memang dah ramai sangat Melayu liberal yang tidak segan menunjukkan hubungan songsang mereka pada khalayak ramai. Bagi mereka, itu adalah diri mereka yang sebenar dan mereka tidak perlu malu dengan persepsi masyarakat walaupun tidak berpaksi kepada norma.
Seperti video yang tular di Twitter ini apabila dua laki tidak segan untuk bercium secara ghairah dalam Insta Live mereka. Dalam video tersebut, mereka turut menyebut mengenai Nabi Lut yang membuatkan ramai netizen bengang dengan kenyataan mereka yang boleh dianggap sebagai menghina nabi. Apabila ramai yang mengecam mereka di dalam ruangan komen Insta Live tersebut, mereka semakin galak menunjukkan aksi ghairah bahkan siap melondehkan seluar sebagai provokasi.
Mereka yang berada di dalam video tersebut turut bertindak membalas balik komen-komen penonton yang mengecam mereka dengan cacian dan kata-kata kasar. Netizen yang melihat video ini rata-rata menyampah dengan aksi sekumpulan anak muda ini yang dianggap tidak senonoh dan meloyakan. |
disneyrecess replied at 1-4-2019 03:21 PM
Couls tunggu dpt hiv jurrr dik... Iols 25yo dah dpt hiv so tiap2 bulan kena la hadap KK KL tuh, byk ...
ADVERTISEMENT