Selepas pelakon Amerika Syarikat George Clooney memboikot hotel milik Brunei kini penyanyi England Elton John pula yang memboikot hotel milik Brunei. Gesaan itu dibuat ketika sebilangan ahli politik dan selebriti mengutuk penguatkuasaan undang-undang baru pada bulan ini. John berkata "saya memuji George Clooney yang mengambil pendirian yang tegas mengenai diskriminasi anti-gay dan ketaksuban yang berlaku di Brunei, tempat penindasan golongan gay atau lebik teruk lagi, dengan memboikot hotel milik Sultan." John adalah seorang gay dan dia bersedih dengan nasib kakitangan hotel tersebut. Tindakan boikot perlu diambil sebagai peringatan bahawa layanan itu tidak boleh diterima sesama sekali katanya.-CARI
|
ADVERTISEMENT