CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Diacu Senapang Kerana Tegur Anak Memekak

4-4-2019 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2548| Komen: 11

Lelaki berusia 32 tahun tergamak mengacukan senapang buatan sendiri ke arah bapanya hanya kerana berang ditegur membuat bising.

Memetik Harian Metro, suspek mengugut akan menembak bapanya jam 9.30 pagi, di Kampung Tempasuk, Kota Belud pada Ahad lalu.


Difahamkan, senapang buatan sendiri jenis bakakuk itu diacukan di kepala mangsa sebanyak dua kali.


Foto: Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, suspek ditahan pada hari sama sejurus pihaknya menerima laporan dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif syabu.

Sebelum kejadian, mangsa menegur anaknya yang tiba-tiba menjerit di ruang tamu rumah mereka itu supaya berhenti membuat bising.

“Suspek tiba-tiba berang dan mengancam sebelum mengambil selaras senapang bakakuk lalu mengacukan ke kepala mangsa sambil mengugut mahu menembaknya.


“Mangsa yang cemas melihat anaknya tidak tentu arah, segera melarikan diri dan menuju ke balai polis membuat aduan,” katanya.

Selain senapang, polis turut merampas sebutir peluru jenis ‘Ball Bearing’ (BB) buatan sendiri dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1970. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • AwanCikDania


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AwanCikDania 4-4-2019 11:26 AM
Dadah. Patutlah. Haishhhh {:nose
Quote stapler89 4-4-2019 03:27 PM
dah agak dah.. dadah ..
Quote mziskandar 4-4-2019 03:42 PM
Morning person dak dadah ni.
Quote VioletsAre_Blue 4-4-2019 04:51 PM
Sampah masyarakat
Quote syaz_lina 4-4-2019 04:53 PM
sabar la pakcik..anak yang disayang bertukar jadi najis
Quote OrkedCattleya 5-4-2019 02:08 AM
Yang buat perangai mcm ni selalunya dadah atau mental.
Dadah ni sampah masyarakat sungguh
Quote DiabloGato 5-4-2019 09:58 AM
Bodoh pnye org
Quote batmana 5-4-2019 12:31 PM
isap dadah pn bole pandai buat senjata sndiri

aku yg tak isap rokok plak tk pandai wat senapang sendiri
kalu print  pistol tu tau la.

Quote muggleDylla 5-4-2019 12:50 PM
baca tajuk pun dh boleh agak mesti dadah huhuhu
Quote ayyyyangg 5-4-2019 03:28 PM
Kesiannya mak ayah dapat anak macam ni
Quote ikanmasin 5-4-2019 03:54 PM
penangan dadah rupanya..kesian mak bapa

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.111133 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top