Akibat hilang sabar dan geli dengan persekitaran tempat kerjanya, seorang lelaki telah meletak jawatannya di restoran segera jenama terkemuka dunia, KFC. Menurut Metro UK, sebelum meninggalkan premis berkenaan, lelaki tersebut sempat mengambil beberapa gambar sebagai bahan bukti bahawa restoran temoat kerjanya itu kotor dan tidak peduli dengan protokol kebersihan. Dalam gambar di bawah, anda boleh lihat, bungkusan tepung yang koyak digigit tikus, sampah di atas lantai, peralatan memasak di biarkan kotor di atas lantai, malah yang paling mengerikan siap ada cop badan tikus! 1. Nampak tak cop badan tikus? 2. Tepung selerak 3. Barang dibiar atas lantai, sampah tak disapu, barangan masak kotor tak bercuci Memang menggelikan. Tapi jangan risau KFC ini bukan di Malaysia. Gambar ini diambil daripada KFC di luar negara. Bekas pekerja itu turut mendakwa dia pernah terjumpa tikus-tikus di dapur. Malahan ada juga tikus yang keluar ke kawasan hadapan restoran. Walaupun telah melanggar prosedur kebersihan, KFC ini masih menjalankan operasinya tanpa rasa bersalah. Dah buat kotor, pandai pula salahkan kawalan racun serangga rosak. Sebab inilah agaknya kita kalau boleh pergilah jenguk kawasan belakang kedai makan. Bukan apa. Ada sesetengah pekedai depan sahaja dia jaga bersih. Bila kawasan tak nampak macam mana? -CARI |
ADVERTISEMENT