Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menerusi satu kenyataan media mengumumkan pelantikan pelakon, penerbit dan pengarah filem, Datuk Gerald Hans Isaac sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 8 April 2019. "Hans Isaac mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman dan terkenal sebagai seorang pelakon, penerbit dan pengarah filem selain menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan," katanya. Pelantikan Hans Isaac sebagai Pengerusi Finas adalah keputusan Lembaga berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan Datuk Samsuni Mohd Nor yang telah menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi FINAS selama lebih empat bulan yang lalu.
Gobind berharap ahli lembaga perbadanan itu akan memberi kerjasama kepada Hans Isaac. - CARI
|
laksmanabentan replied at 10-4-2019 03:07 PM
memula - Ahmad Idham
lepas tu - Hans Isac
next - Afdlin Shauki
AshkieLa replied at 10-4-2019 03:54 PM
so ahmad idham mintak surat tunjuk sebab aritu.. dia sebagai ape? confuse jap..
RVP20 replied at 10-4-2019 03:56 PM
CEO Finas
Burong_Hantuk replied at 10-4-2019 03:54 PM
tok hans sendu baru update status instagram
Burong_Hantuk replied at 10-4-2019 03:54 PM
tok hans sendu baru update status instagram
ADVERTISEMENT