CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wow, Berbakatnya! Umur 12 Tahun Adik Ni Dah Mampu Beli BMW Hasil Kerja Jurumekap

11-4-2019 10:25 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6366| Komen: 29|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Pada usia 12 tahun, ramai di antara kita masih teragak-agak jika ditanya apakah cita-cita atau pekerjaan impian di masa depan. 

Lain pula ceritanya dengan seorang kanak-kanak perempuan dari Thailand ini yang telah mengaut pendapatan mewah di usia muda sebagai jurumekap sehingga mampu membeli sebuah kereta BMW.



Kredit foto: Facebook

Natthannan mula mendapat perhatian ramai apabila memuat naik video tutorial panduan mekap sejak berumur tujuh tahun selepas menghadiri beberapa kursus mekap. 

Kini, laman Facebooknya telah mempunyai lebih 900,000 pengikut sehingga stesen televisyen BBC pernah menemu bualnya untuk satu ruangan berita tahun lalu.


Kredit foto: Facebook

Susulan itu, popularitinya melonjak naik sehingga dipilih sebagai salah seorang jurumekap pada pertunjukan London Fesyen Week 2018, sekali gus mencipta rekod sebagai jurumekap paling muda pada pertunjukan itu.


Kredit foto: BBC

Tahun ini, Natthannan menyambut ulang tahun ke-12 dan sebagai hadiah hari jadi kepada dirinya sendiri, beliau telah membeli sebuah kereta BMW. 

kegembiraannya itu dikongsikan menerusi Facebook dengan kapsyen 'Selamat Hari jadi buat diriku sendiri, saya akan menginjak usia 12 tahun pada tahun ini dan berterima kasih kepada sokongan peminat selama ini,' katanya.


Kredit foto: Facebook

Ramai netizen yang membaca perkongsian itu kagum dengan bakat Netthannan. 

'Saya sendiri tidak mampu membeli kereta buruk pada usia 20 tahun, tetapi kamu sudah membeli kereta mewah di usia 12, mengagumkan!' kata seorang netizen.


Kredit foto: Facebook

'Saya masih bermain guli dan anak patung pada usia ini, tahniah kerana Berjaya mencapai cita-cita kamu Natthannan!' kata seorang peminatnya.


Kredit foto: Facebook / World Of Buzz

Nampaknya, sanjungan dan kebanggaan netizen luar negara terhadap minat jurumekap cilik dari Thailand ini berbeza dengan sambutan netizen tempatan terhadap seorang jurumekap kanak-kanak berbakat, baru-baru ini. 

Bukan sahaja bakatnya dipersenda, malahan ada yang mengeji ibu bapa kanak-kanak itu kerana dikatakan tidak pandai menjaga anak.


Tahniah buat Natthannan, semoga terus mengembangkan bakat dan menjadi idola kepada kanak-kanak lain dalam mencapai cita-cita. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 11-4-2019 10:32 AM
ujung-ujung orang lain yang lenjan kereta tu..
kalau i jadi family, i nasihat beli hartanah je..
kalau betul sayang anak/adik la..
Quote Hessa 11-4-2019 10:33 AM
Ala netizen yg mengecam pun, tak berfikir di luar kotak kekdahnya, asikla dalam tempurung.  Kajian dah membuktikan, hanya 2 peratus manusia kat dunia ni yg keluar dari zone selesa masing2.. i percaya adik ni salah seorang darinya.....
Quote keds 11-4-2019 10:35 AM
Rugi Beli kereta... Dia pun bawah umur lagi.
Quote EvieWanKenobi 11-4-2019 10:36 AM
woww hebatnya..
Quote Beribear 11-4-2019 10:37 AM
Lol, org hati busuk & pendengki mmg tak akan puas hati tengok org lain senang & berjaya. Org yg mcm tu sampai bila2 pon kejayaan takkan dtg kat dia. Kalau ada pon mesti dia tak pernah bersyukur & ada je tak puas hati. Elok mereput je..
Tahniah to her. Kecik2 dah ada kejayaan yg boleh dikatakan besar dan focus dgn apa yg dia buat. Semoga terus success selalu {:good
Quote dekmieDandy 11-4-2019 10:38 AM
dapat kat orang kita gi hencap pulak budak 11 tahun reti  makeup tu
Quote Sang_Pencinta 11-4-2019 10:40 AM
Kita punya budak mekap tu terus muram dikerjakan netizen

Ibunya terpaksa buat statement mengaku tak pandai jaga anak
Quote mizruncing 11-4-2019 10:49 AM
mampu beli tapi sayang tak mampu pakai
Quote nikola.tesla 11-4-2019 11:09 AM
Kesian adik nurul iris pulak kena kondem dengan raykat Malaysia sendiri
Quote 3480 11-4-2019 11:12 AM
Lorhhh.. budak kita yg tere mekap2 tu kna kecam plk. Ini tidak adil
Quote fifie_olin 11-4-2019 11:15 AM
mak pak sruh bli la tu
mentang2 bdk tu xde lesen lg
Quote Meiizu 11-4-2019 11:22 AM
kenapa bmw dik..tu kete auntie 40an.
beli mini cooper cukup lah dik
Quote hyie 11-4-2019 11:29 AM
LOL...mekap tu bagi iols salah satu cabang seni, samala macam mewarna atas kertas lukisan, tapi yang ni atas muka orang lebih baik daripada dia menconteng dinding rumah atau kereta bapak dia
Quote supermum 11-4-2019 11:32 AM
Dia tere mekap tapi dia sendiri muka polos je sesuai dgn umur. Ada certain budak, dia suka mekap dia tepek mekap ke muka sendiri sampai nampak tua dari usia.
Quote chicozinn 11-4-2019 12:19 PM
meollss skali pandang ingatkan ernie zakri tadi..huhu..yela2, meollss mengaku meolls antara yg mngecam budak meleis yg mekap srupa bohsia bak kata sorang forumer tu..tpi budak ni dia mekapkn org jugak bukan fefeeling mekap sengsorang sbab tu bleh buat duit..#nakjugakkecam..huhu
Quote Artemesiaa 11-4-2019 12:34 PM
Baguslah kecik2 dah pandai cari duit tak perlu nak menyusahkan mak pak malah mereka boleh tompang senang sama
Quote cik_kuntum36 11-4-2019 02:33 PM
chicozinn replied at 11-4-2019 12:19 PM
meollss skali pandang ingatkan ernie zakri tadi..huhu..yela2, meollss mengaku meolls antara yg mngec ...

sama la i memule tgk ingtkan ernie zakri da tembam... huhuhu
Quote Konahhh 11-4-2019 02:44 PM
wahhh bagusnyaa
Quote intan_smsb 11-4-2019 02:47 PM
dek belikan satu bmw untuk hakak

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.129503 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top