Ada bau bibit cinta antara Kamal Adli dan Uqasha Senrose terutama sejak majlis perkahwinan adik kepada aktres itu, Nelydia Senrose baru-baru ini.
Kedua-dua pelakon itu sebelum ini kelihatan mesra bergandingan dalam beberapa drama dan ia semakin jelas kelihatan ketika pertunjukan fesyen Starvillon baru-baru ini sehingga menarik perhatian orang ramai. Adakah cinta mula berputik antara mereka berdua?
Nampaknya, ramai peminat memberi sokongan padu terhadap kedua-dua pasangan ini hingga membuka sebuah akaun Instagram didekasikan khas buat ???bibit cinta mereka yang kian memekar???. Hingga kini, laman IG uqamal_lovers itu sudah memuat naik 70 gambar serta video Kamal dan Uqasha selain memiliki lebih 200 pengikut. Comel dan sweet sahaja kan mereka berdua ini?
Sesuai atau tidak jika menjadi hubungan mereka berdua? Mungkingkah hubungan mereka akan menjadi sensasi sama seperti pasangan romantis Fasha Sandha dan Aidil serta Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|