"Video yang sangat comel dan lelaki itu macam Prince Charming dalam Shrek." Sebuah video pelajar Malaysia di universiti luar negara mendapat sambutan global di Twitter. Situasi di perpustakaan itu menyaksikan pelajar wanita tersebut (berbadan kecil) berusaha menarik sebuah sofa dalam kesukaran. Bagaimanapun sebelum sempat dia menyudahkan kerjanya, seorang lelaki Inggeris yang kebetulan lalu di situ secara automatik menolongnya menarik sofa hanya dengan sebelah tangan. Aksi tersebut menjadi tular dengan kapsyen "Faith in humanity restored." Ramai netizen termasuk warga seluruh dunia memberi komen yang menunjukkan sisi romantis lelaki tersebut lalu meminta mereka ala-ala disatukan. Jom tonton video comel seminit ini.
Menurut Thaniyaha, maksud kapsyen tersebut ialah dia terharu dengan aksi spontan pertolongan daripada individu yang tidak dikenali. Tidaklah bermakna mengheret kerusi mampu mengubah dunia tetapi kebaikan itu sendiri agak sukar dilihat sekarang. Malahan dia juga tidak menyangka videonya itu menjadi tular di seluruh dunia lalu meminta mereka yang mengenali lelaki terbabit agar menerima penghargaan luar biasa ini. Sementara itu, ramai netizen wanita merasakan lelaki itu sangat ''cute' hingga sanggup menolong orang asing, apatah lagi dengan Islamphobia yang berada di sana tidak menjejaskan niat baik lelaki terbabit. Malahan aksi spontan tersebut membuatkan mereka berasa masih ramai orang di luar sana yang mempunyai nilai kemanusiaan melebihi rasa rasis. Di bawah antara kata-kata daripada netizen di seluruh dunia. Jadi, anda rasa video ni comel tak? Tiba-tiba berangan seperti bertemu jodoh ke tu? - CARI |
bawangkecik replied at 16-4-2019 11:33 AM
cuba kalau bangladesh hahahaha
weezerfan replied at 16-4-2019 11:34 AM
Takat tlg alih kusi je kot. Gigih jugak nk uplod
ruffboyz replied at 16-4-2019 12:11 PM
ala ni sebab mat salleh je.. cuba klu kt sini bila lelaki melayu nk tlg ko buat muka mcm org nk rogo ...
weezerfan replied at 16-4-2019 11:34 AM
Takat tlg alih kusi je kot. Gigih jugak nk uplod
ADVERTISEMENT