CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Permata Tukar 'Genius' Macam Miskin Sangat - Pakar Bahasa

16-4-2019 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4133| Komen: 29

Banyak pandangan dilontarkan di kalangan masyarakat mahupun pakar apabila Program Permata Negara (Permata) ditukar nama kepada Genius.

Memetik laporan Malaysia Gazette, pertukaran nama itu menunjukkan kemiskinan bahasa seperti yang dikatakan oleh Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim. 


Pakar bahasa Melayu itu berkata, pertukaran nama yang dilakukan tiada salahnya namun haruslah menggunakan bahasa kebangsaan. 

“Apa pula bahasa Inggeris. Kalau nak tukar atas sebab tertentu carilah bahasa Melayu yang lebih baik. Kenapa terlalu nak tonjol bahasa Inggeris.

“Carilah yang bahasa Melayu tulen kenapa nak tunjukkan kita miskin bahasa,” katanya. 

Kata Nik Safiah lagi, hal tersebut wajar dipersoal kerana ia tidak berbaur politik. 

Kredit foto: Malaysiagazette



“Tidak ada buruknya pada nama Permata. Saya bertanya kenapa nak ubah sebab Permata, ia natural dan cantik,” katanya lagi. 

Untuk rekod, program didikan awal kanak-kanak bawah empat tahun itu diperkenal pada 2007 dan merupakan inisiatif bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor. - CARI 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-4-2019 11:14 AM
Si capang tak pernah tak bodoh
Quote akakmasihvogue 16-4-2019 11:16 AM
betul tu..saja jer nak kena kecam
Quote ais_kosong 16-4-2019 11:18 AM
asyik nak tukar nama ja. letih la
pembaharuan ke arah lebih baik tak nampak langsung
Quote noraidil_06 16-4-2019 11:25 AM
Hi prof. U r such a legend!
Quote Modngengade 16-4-2019 11:29 AM
ketot x der modal lain
Quote chicozinn 16-4-2019 11:31 AM
sume benda nak ditukar nama sebab xnak ada sekelumit tanda berkaitan ngan gomen terdahulu..tapi bila sume diubah nama kos mencanak naik..hmm
Quote prettyuglybabe 16-4-2019 11:38 AM
biar je la nama tu.. kenapa nak ditukar pulak..
benda yang elok tak payah la usik..
Quote mizruncing 16-4-2019 11:47 AM
1st dengar pn dh merepek. maszlee ni mmg tak sesuai jd menteri lgsg
Quote tagas 16-4-2019 11:47 AM
takpe2

4 tahun lagi tukar balik

kpd nama asal
Quote tensic~ 16-4-2019 12:03 PM
Nama permata tu sedap dah kan.. permata negara
Quote bondeh 16-4-2019 12:03 PM
Tinge capang ni nampak cam menteri dungu, yg timbalan dia je nampak buat keje. Ye keje untuk perbaiki memartabatkan bangsa dia.. cehhh
Quote insulin 16-4-2019 12:17 PM
Tikus membaiki labu...
Quote tobby 16-4-2019 12:19 PM
Menteri bodoh ph x blh ditegur...semua yg tegur dituduh musuh politik mrk
Quote RatuDunia94 16-4-2019 01:36 PM
Baik tukar je nama Malaysia!
Pilipin pon nk tukar nama negara jd Maharlika..
Quote pumpkingirl 16-4-2019 02:00 PM
Tgkla siapa yg berkuasa sekarang..mestila nak dienglish kan supaya senang lidah diorg nak menyebutnya..
Genius..konon2 universal n senang nk sebut..
Kalau permata..susah puak2 dapig nak sebut..pelmata..pemata aa..
Quote me12345 16-4-2019 02:20 PM
Dah xde bahasa malaysia ke.. mana DBP?
Quote Supersirap 16-4-2019 02:21 PM
Bahasa Melayu perlu diutamakan
Quote Melorqe 16-4-2019 03:31 PM
aku rasa mesti cadangan dari timbalan menteli kan?
Quote apam 16-4-2019 03:49 PM
Nama Permata lagi elok. Takkan nak fikir nama pun tak mampu?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.039565 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top