Tak tahu di mana letaknya kemanusiaan seorang datuk yang bukan sahaja merogol berkali-kali cucunya, namun bertindak ganas menggugurkan kandungan si mangsa.
Memetik laporan Mirror UK, mangsa ketika itu berusia 12 tahun tidak menyedari dirinya hamil sehinggalah terpaksa menahan kesakitan selepas datuknya menggunakan penyangkut baju bagi menggugurkan kandungannya. Kini mangsa, Brave Charlotte Wade berusia 22 tahun mengakui tidak mampu untuk mengandung lagi akibat peristiwa hitam itu. Kejadian berlaku di sebuah rumah di Barry, South Glamorga, Wales milik rakan kepada datuknya, laporan itu menyatakan. Hodges, 73 yang juga merupakan datuk tirinya didakwa telah merogol mangsa sejak berusia tujuh tahun sehingga 14 tahun. Sadis sekali kerana mangsa hanya diberikan ganjaran gula-gula selain diugut untuk mencederakan abangnya jika dia membuka mulut. Sebelum itu, mangsa memberitahu dia telah diperlakukan gangguan seksual seperti diraba dan dicium sejak usianya lima tahun oleh datuknya itu. Wanita ini akhirnya bertindak berani melaporkan kepada polis apabila meningkat dewasa sehinggalah lelaki tersebut dijatuhkan hukuman 25 tahun penjara di atas 24 pertuduhan. - CARI
|
Shayang replied at 16-4-2019 08:48 PM
Sakitnya silap aribulan jahanam dah uterus dia kena rodok.
Atuk ni belajar dr pilem ke? kejamla
ADVERTISEMENT