Seekor anjing terapung diselamatkan oleh sepasukan pekerja di pelantar minyak yang terletak kira-kira 220km di tengah lautan dari pantai Thailand. Anjing yang keletihan itu dilihat berenang berdekatan platform penggerudian.
Menurut BBC, anjing berwarna coklat baka Aspin itu berenang ke arah pelantar apabila seorang pekerja memanggilnya pada Jumaat lalu. Ia kemudiannya diselamatkan oleh pekerja-pekarja di pelantar itu. Tidak diketahui dengan jelas bagaimana anjing itu boleh terapung sejauh itu. Ada yang mengesyaki mungkin ia terjatuh daripada perahu nelayan. Pekerja-pekerja tersebut menamakan anjing itu Boonrod, perkataan Thai yang bermaksud 'yang terselamat' atau 'survivor'. Menurut mereka , Boonrod kelihatan penat ketika diselamatkan dan memerlukan air dan makanan. Selepas kembali pulih, mereka membuat panggilan untuk meminta bantuan daripada sebuah kapal tangki yang kebetulan melalui lokasi. Boonrod dibersihkan dengan air tawar kerana bulunya dipenuhi dengan garam laut. Selepas itu ia tertidur keletihan. Boonrod bernasib baik kerana keadaan air laut yang tenang ketika kejadian menyebabkan pekerja-pekerja pelantar mudah melihatnya di celah-celah tiang logam pelantar yang berkarat. Dalam operasi memindahkan, Boonrod diangkat oleh kren ke sebuah kapal tangki minyak pada hari Ahad dan dihantar ke sebuah klinik haiwan di Selatan Thailand. Boonrod kini dalam keadaan sihat bagaimanapun pemiliknya belum dikenalpasti. Anjing yang sangat bernasib baik. Persoalannya, mungkinkan Boonrod terjatuh daripada perahu nelayan sewaktu cuaca buruk? - CARI
|
MarissaOberlin: tOLONG BUAT MOVIE
ADVERTISEMENT