Akibat enggan menarik balik dakwaan cubaan merogol terhadapa pengetua sekolahnya, seorang remaja perempuan mati dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan penyerang.
Nusrat Jahan Rafi, 18, meninggal dunia dengan keadaan 80 peratus tubuhnya melecur selepas lima hari dirawat di hospital. Dhaka Tribune melaporkan, mangsa disimbah minyak sebelum dibakar di atas bumbung sekolahnya di Dhaka, Bangladesh oleh sekumpulan penyerang yang berselubung akibat berkeras tidak mahu menarik balik dakwaan terhadap pengetua sekolah yang dikenali sebagai Sirajuddaula. Kejadian tersebut telah mencetuskan kemarahan rakyat Bangladesh yang kemudiannya melakukan protes secara besar-besaran. Perdana Menteri Sheikh Hasina mengarahkan Pusat Perubatan Kolej Perubatan Dhaka (DMCH) menerbangkan mangsa ke Singapura untuk rawatan.
Namun, doktor di Hospital Besar Singapura dan DMCH mendapati keadaan mangsa yang kritikal menyebabkan dia tidak boleh dipindahkan. Abang mangsa menberitahu, adiknya telah dipujuk empat individu untuk naik ke bumbung sekolah, kononnya seorang rakan mereka diserang. “Mereka kemudian mendesak adik saya menarik dakwaan terhadap pengetua. Apabila dia enggan, seorang daripada mereka mencurah petrol pada badannya dan menyalakan api. “Nusrat berlari turun dalam keadaan api membakar pakaian dan tubuhnya untuk mendapatkan bantuan. Pelajar lain yang melihatnya terus memadam api." Daily Mail menyatakan, Sirajuddaula ditahan dan dipenjara sejak akhir bulan lalu, selepas remaja berkenaan mendakwa lelaki itu cuba merogolnya dalam pejabatnya. Dua pelajar lelaki sekolah berkenaan dikenali sebagai Nuruddin dan Shahadat mengaku membakar mangsa telah dihadapkan ke mahkamah majistret. 12 lagi, termasuk pemimpin masyarakat tempatan, Presiden Liga Awami Sonagazi yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sonagazi, Ruhul Amin dan seorang guru sekolah berkenaan yang terbabit kes itu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Shahadat suka rela melakukan jenayah itu sebagai membalas dendam kerana Nusrat beberapa kali menolak hasratnya menjalin hubungan mesra sebelum ini. Siasatan mendapati mereka bertemu Sirajuddaula di penjara bagi menerima arahan untuk membunuh Nusrat. -CARI
|
7
Bagus |
8
Marah |
2
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bazarayamy replied at 17-4-2019 12:30 PM
dulu selalu ingat benda2 camni jadi dlm drama atau filem jer... tapi sedih bila realiti kejam ni seb ...
giyomi replied at 17-4-2019 06:12 PM
dah lar cuba merogol, pastu ugut jgn report. sialan punyer pengetua. rejam dgn batu jer lahanat camn ...
pai.kacang replied at 18-4-2019 03:02 PM
pengetua dengan penyerang2 tu patut kena hukum bakar sampai mati. tapi bakar sikit2.. selama setah ...
ADVERTISEMENT