Dari dulu lagi dah kenal sangat perangai Wawa Zainal dengan Aeril Zafrel. Kalau bergurau tu kadang-kadang kasar, tapi romantik. Baru-baru ni adalah Wawa muat naik gambar Aeril. Katanya tengah-tengah malam balik shooting minta makan.
Terpaksalah Wawa yang tengah sedap tidur masak dan sediakan makanan. Lagi manja bila Aeril minta nak makan dalam bilik pula tu. "Nasib baik sayang yang penting kena ikhlas walaupun mata rabak."
Yang jadi kelakar bila Aeril boleh balas posting tersebut dengan menulis komen, "Habis aku kena menggelabah la ni?" Masing-masing terhibur okay, sampailah benda ni masuk ke Twitter.
Ada pula netizen yang kata perkara ini jadi sweet sebab Aeril dan Wawa. Cuba kalau lelaki lain minta macam tu, mesti akan dikecam sebab menyusahkan bini tengah-tengah malam. "Dah tahu balik lambat, tapau jelah nasi kan senang." Orang lain yang layan suami, orang lain pula yang sakit hati. Tapi ada betul juga apa yang dikata kan? Ke macam mana anda rasa? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|