Sama ada satu gimik untuk menarik pelanggan ataupun bersedakah cara baru, seorang penjual nasi lemak menjadi bualan ramai apabila beliau menyelitkan duit di dalam bungkusan makanan yang dijualnya.
Kisah itu menjadi tular apabila seorang pengguna Facebook bernama Ameerul Hayat memuatnaik beberapa keping gambar nasi lemak yang dibeli oleh rakan isterinya. Dalam bungkusan nasi lemak tersebut, terselit wang tunai RM5 yang dimasukkan dalam plastik lutsinar. Menurut beliau lagi, nasi lemak itu dibeli di sebuah gerai yang terletak di Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor. 'Nasi lemak ini dibeli rakan isteri dalam enam bungkus, apabila dibuka terkejut ada lauk duit' katanya. Menurutnya lagi, inilah kali ketiga rakan isterinya membeli nasi bungkus berharga RM1.50 di gerai itu, dan kali pertama mendapat lauk duit. Walaupun ada yang membuat spekulasi hanya kesilapan atau tercicir oleh pemilik ketika membungkus nasi tersebut, spekulasi itu padam apabila seorang lagi pengguna Twitter memuatnaik gambar nasi lemaknya yang turut diselitkan duit RM5. Perkongsian itu mendapat banyak reaksi daripada netizen. Ramai yang memuji strategi pemasaran yang dibuat oleh penjual nasi lemak itu kerana hanya berbekalkan RM5, mampu menjadi viral seluruh Malaysia. Ada pula yang menyamakan strategi ini dengan jackpot, permainan tikam dan permainan kanak-kanak Ding Dong di mana hanya pembeli bertuah akan mendapat ganjaran. Bagaimanapun, ada netizen yang berpendapat mungkin ini cara penjual itu untuk memberi sedekah kepada pelanggannya. Jika benar ini sedekah daripada penjual nasi lemak, memang selayaknya gerai ini diviralkan dan semoga rezekinya bertambah murah selepas ini.- CARI |
EvieWanKenobi replied at 18-4-2019 10:31 PM
banyak juga nilainya kalau setiap bungkus
disedekahkan RM5..
Sang_Pencinta replied at 18-4-2019 10:34 PM
Kalau semua ada rm5 untunglah
masalahnya hanya bungkusan terpilih
ADVERTISEMENT