Ahli keluarga usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri memang terkenal sebagai keluarga besar yang sangat harmoni dan rapat antara satu sama lain. Dalam kemas kini di laman sosialnya dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sering memuat naik 'drama' keluarga mereka. Bagaimanapun, satu video di YouTube TV Terlajak Laris mencetuskan perdebatan antara pengguna kerana menunjukkan Ibraheem Adham atau Baem beberapa kali mencium kedua-dua tapak kaki ibunya sambil diperhatikan pekerja yang merakam video tersebut.
Ramai penonton berasa kurang senang dengan adegan itu dan menyifatkan tindakan itu sebagai berlebih-lebihan selain menyalahertikan maksud 'Syurga di kaki ibu'. Namun, ramai juga menyebelahi usahawan itu kerana menurut mereka setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendidik anak. Lagipun, Baem cuma menunjukkan kasih sayangnya terhadap ibunya, malah dia sendiri meminta untuk mencium kaki Datin Shahida. Salahkah tindakan Datin Shahida membiarkan anak mencium tapak kakinya? - CARI |
None68 replied at 18-4-2019 01:27 PM
Mana ada syurga bawah tapak kaki ibu..itu hindu daa..yg ada dlm Islam redho ibubapa..di hatinya..bin ...
234126 replied at 18-4-2019 12:10 PM
Ya Allah, tergamak dia as ibu. iol kalau anak duduk bwh pun iol alih kaki atas sofa bersila. Unless ...
IzzahF replied at 18-4-2019 02:39 PM
hadis pelesu
ADVERTISEMENT