Sepasang suami isteri ditahan selepas didakwa melakukan ugutan bersenjata dan memaksa seorang buruh melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit. Memetik Mirror, Brenda Acuna-Aguero, 39, dikatakan menjemput mangsa warga Mexico itu di luar pasar raya Home Depot di Phoenix, Arizona pada Isnin lalu.
Sebaik tiba di rumah mereka, Brenda memberitahu mangsa bahawa ia adalah 'fantasinya untuk melakukan hubungan seks dengan seorang buruh'. Lelaki itu bagaimanapun enggan melakukannya sebelum suami suspek, Jorge Francisco Valenzuela, 45, masuk ke dalam bilik berkenaan dengan senjata api, lalu mengacukannya ke dada mangsa. Valenzuela dikatakan mengugut akan menembak mangsa sekiranya dia enggan melaksanakan permintaan isterinya itu. Menurut polis, mangsa terpaksa melakukan hubungan kelamin dengan wanita berkenaan, sementara suaminya merakam perlakuan mereka menggunakan telefon bimbitnya dan mengancam akan mengirimkan gambar terbabit kepada isteri mangsa sekiranya enggan melakukan apa yang disuruh.
Mangsa memberitahu polis, Valenzuela merampas visa dan lesen memandunya kerana pasangan itu mahu dia kembali lagi keesokannya. Difahamkan, pasangan itu kemudian menghantar lelaki terbabit ke Home Depot. Mungkin kerana belum merasa cukup puas, suspek sekali lagi menghubungi mangsa beberapa jam kemudian dan mengarahkannya untuk kembali ke rumah mereka. Bagaimanapun, mangsa tidak datang bersendirian dan membawa rakannya ke rumah suspek menyebabkan Valenzuela mengirim gambar lelaki terbabit kepada isterinya sebelum buruh itu membuat laporan polis. Menurut laporan, pasangan itu kemudian ditahan dan mengaku bersalah di atas kesemua perlakuan mereka. Valenzuela dan Brenda turut mengakui bahawa empat lagi lelaki menjadi mangsa fantasi liar mereka sebelum ini. Kedua-dua suspek direman dan diarahkan mahkamah untuk membayar bon berjumlah ASD250,000 (RM1,034,025) seorang. - CARI
|
dua_chzy replied at 18-4-2019 03:05 PM
Ini kes culik, ugut dan 'rogol' kan? Mengapa akak kurang simpati? Adekah akak gender bias? Btw, takz ...
lkick2113 replied at 18-4-2019 03:48 PM
sebab huduh je....kalau lawa macam kim kardashian ke maria farida ke memang tak report polis dah.. ...
dua_chzy replied at 18-4-2019 04:30 PM
Khenst? Ai felt quite bad ekceli Lkick. If mangsa tu seorang pompuan dan yang merogol mangsa pul ...
ADVERTISEMENT