Mungkin anda tidak tahu yang Nur Sajat sangat berminat dengan bidang ratu cantik. Sempena Miss Grand Malaysia 2019, Nur Sajat mengesahkan yang dia akan menaja pertandingan berprestij itu. Namun, usahawan kosmetik itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia terlibat dengan Ratu Cantik Transgender. Dia juga berkata, mereka yang tercalon untuk Miss Grand Malaysia 2019 hanya untuk mereka yang 100 peratus wanita dan isu transgender tidak seharusnya timbul. "Yang nak membawang, teruskan membawang, kerana saya hanya bertindak sebagai penaja saja. Kalau mereka tetap rasa ada transgender, terpulang, kita tak boleh halang," katanya kepada Malaysiakini. Sajat mahu mengangkat martabat wanita Malaysia ke persada dunia, dan itu adalah tujuan utama mengapa dia mahu menjadi penaja. Katanya lagi, dia tidak mahu Malaysia ketinggalan dengan negara jiran yang memiliki calon mereka bertaraf dunia.
Sajat juga mendedahkan yang dia telah melaburkan wang lebih dari ratusan ribu ringgit untuk pertandingan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Berikut adalah pemenang Miss Grand Malaysia tahun 2018 iaitu Debra Jeanne Poh yang berasal dari Miri, Sarawak. Apa pendapat anda cantik atau tidak?
|
msdummy.2018 replied at 20-4-2019 04:43 AM
I cuma nk tny... Gmbr dia kat atas tuh - yg paling kiri, tuh tetek ker bantal?
miss_perfect replied at 21-4-2019 11:06 AM
Kenapa peserta malaysia tak lawa pun.... I know beauty is subjective tapi yg ni tak masuk category b ...
RatuDunia94 replied at 20-4-2019 10:58 AM
Hopefully this is turning point la utk beauty pageant malaysia bersinar kembali di persada dunia.. m ...
chinta89 replied at 21-4-2019 08:51 AM
aku sentiasa doakan Sajat cepat mati, nak tahu pengkebumian dia as lelaki ke perempuan. Dan nak tahu ...
zidane2011 replied at 21-4-2019 06:07 PM
Sbb pempuan melayu tak boleh join mungkin? non muslim yg join pulak sejenis nan hado confident lev ...
ADVERTISEMENT