CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Takda Sijil Siapa Nak Tolong?" - Ziana Zain

19-4-2019 03:35 PM| Diterbitkan: MoFirdaus| Dilihat: 15958| Komen: 66|Original author: Oleh: Mo Firdaus

Penyanyi Ziana Zain tidak rela anak tak ada sijil kerana  baginya pendidikan menjadi kunci utama untuk berjaya dalam hidup.

Menurut Ziana, tanpa sijil susah hendak mendapat kerja yang baik.


"Dunia sekarang mesti mahukan sijil yang awak ini bersekolah. Kalau tak ada macam mana nak masuk universiti atau kerja.

"Sebabnya, sekarang persaingan akademik sangat tinggi. Semua mahu jadi yang terbaik.

Foto: IG Ziana

"Daripada 10 orang datang untuk temuduga, kita tidak tahu siapa yang akan dapat kerja," katanya kepada Malaysiakini. 

Kata penyanyi Puncak Kasih ini lagi, alam pekerjaan zaman sekarang ini lebih mencabar jika seseorang itu hanya ada Sijil Penilaian Malaysia (SPM).


"Sijil SPM sekarang ini tak laku, boleh bekerja sebagai kerani.

"Kalau saya sudah tiada siapa mahu tolong? pendidikan itu amat penting untuk masa depan.


"Saya tidak kisah mereka kerja apa, asalkan cuba dapat sijil terdahulu. Itu keutamaan saya buat anak-anak," katanya kepada portal berita itu lagi. 

Terdahulu, Ziana dan bekas suami Armin Zaharin bercerai pada 12 Julai tahun lalu selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.- CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babycc 19-4-2019 03:47 PM
Bagu akak ziana.. jgn jd mcm Sohai.. asyik berserah kpd nasib aje..
Quote MeMeimei 19-4-2019 03:50 PM
bagusss... harap2 sohai baca news ni
Quote rynamarina 19-4-2019 03:53 PM
betul la ni..  sohai tu kalau tak nak anak bjr duniawi boleh je hantar anak bjr tahfiz.
sbnrnya nk feeling omputih homeschool bagai.. omputih homeschool anak panggil tutor.
Quote kucingitam 19-4-2019 03:59 PM
ko tunggu la, esok2 sohai update status kecam zz
Quote None68 19-4-2019 04:01 PM
Haa betul sgt apa yg ziana ckp ni..
Quote mieymiey 19-4-2019 04:12 PM
kucingitam replied at 19-4-2019 03:59 PM
ko tunggu la, esok2 sohai update status kecam zz

SS lebih tekankan ilmu akhirat pada anak-anak SS.
Bukan ilmu dunia yang menjadi keutamaan SS.
Sijil tak boleh bantu kita diakhirat kelak.

Quote helicornia 19-4-2019 04:38 PM
mieymiey: SS lebih tekankan ilmu akhirat pada anak-anak SS.Bukan ilmu dunia yang menjadi keutamaan SS.Sijil tak boleh bantu kita diakhirat kelak.

adoi..abis keje yang kita buat tu tak bole bagi pahala ke? bukan ke itu juga termasuk dlm fardu kifayah?
Quote MadameOnion 19-4-2019 04:48 PM
iols setuju dgn kak ziana
Quote arm_band 19-4-2019 04:53 PM
setuju, acik zz
Quote DeeHanania 19-4-2019 08:22 PM
Setuju gan hakak ZZ
Quote YomiuriLandMae 19-4-2019 11:30 PM
elok kak ZZ pegi ceramah cket dkt dik mael tu.. spm pun x nak amek.. ape nak jadi la bdk tu.. ingat dia bole nyanyi smpi tua.. x kan nak harapkan reta mak bapak jer.. dasar spoil brat!
Quote taurus82 20-4-2019 01:22 AM
mieymiey: SS lebih tekankan ilmu akhirat pada anak-anak SS.Bukan ilmu dunia yang menjadi keutamaan SS.Sijil tak boleh bantu kita diakhirat kelak.

Kena seimbang dunia n akhirat.
Quote ninja boy 20-4-2019 01:41 AM
Org ada pendidikkan pun takde kerja, eloklaj zz sediakan apa yg patut bisnes ka Rumah sewa ka kebun ka kemahiran2 lain.
Quote hasniey 20-4-2019 03:43 AM
Tp ada spm je pon boleh jd menteri.lg tinggi gaji dr kerani tauu
Quote aemon 20-4-2019 07:48 AM
Take note sohai.esok anak merempat jangan minta ditadah je
Quote buapakperut 20-4-2019 08:18 AM
sohai sengih je baca. dia tak fikir besok dah mati dia tinggalkn anak bini terkontang kanting, harta takde, sijil takde. nk jadi apa
Quote abadi84 20-4-2019 09:43 AM
Sohai punya komen gini..astagfirullah kak ziana, rezeki di tgn Allah, bkn pd sekeping sijil..
Quote eimila 20-4-2019 10:02 AM
Biar takde sijil penilaian Malaysia, yang penting ada sijil pelajaran malaysia
Quote RatuDunia94 20-4-2019 11:03 AM
Selain sijil.. kena bekalkan anak kemahiran2 lain spt public speaking, social skill, kepimpinan, berdirkari, bahasa ketiga etc. Zaman skg and akan dtg persaingan dlm sektor pekerjaan mmg sgt sengit.. nak harapkan sijil dan keputusan yg cemerlang saja x cukup..

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.139670 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top