CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wanita Lebih Pintar Sembunyi Kecurangan Berbanding Lelaki - Kajian

20-4-2019 11:51 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3597| Komen: 28|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Pernahkah anda dicurangi kekasih? Apakah tindakan anda jika mengesyaki kekasih atau pasangan anda curang? Adakah anda memutuskan  serta merta atau memaksa mereka membuat pengakuan?




Kredit foto: Mirror


Sekiranya anda mengesyaki pasangan lelaki anda berlaku curang, kajian mendapati bahawa lebih mudah untuk mengesannya berbanding kecurangan pasangan wanita. Mungkin dari tanda pada badannya, kesan gincu pada pakaiannya atau raut wajahnya.


Sebuah kajian terbaru oleh University of Western Australia mengesahkan bahawa kecurangan lelaki lebih mudah dikesan dari raut wajah berbanding wanita. Kajian itu dimuatkan dalam sebuah jurnal berimpak tinggi Royal Society Open Science baru-baru ini.



Kredit foto: royalsocietypublishing


Dengan menggunakan 1500 responden untuk meneliti 200 gambar dan video wanita dan lelaki, kajian itu mendapati lelaki yang curang mudah dikenalpasti berdasarkan gerakan dan perubahan wajah pada rahang, dagu dan kening ketika berbicara.


Bagaimanapun, wanita yang curang tidak dapat dibezakan dengan mereka yang setia kerana tidak terdapat perubahan wajah ketika mereka membuat penipuan.


Kredit foto: Mirror


Penyelidikan itu bertujuan untuk melihat bagaimana manusia membangunkan kebolehan mereka mengesan penipuan sebagai satu kelebihan evolusi berbanding haiwan.

Menurut kajian itu lagi, manusia yang boleh mengesan penipuan boleh berkembang lebih maju disebabkan kos reproduktif yang tinggi boleh dimanfaatkan.


Kredit Foto: Mirror



Bagaimana pula pendapat anda? Benarkah kecurangan pasangan perempuan lebih sukar untuk dikenalpasti berbanding lelaki? Adakah anda mempunyai tips lain mengesan kecurangan selain yang dibuktikan dalam kajian ini? - CARI


Bagus
2

Marah
4

Terkejut

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 20-4-2019 12:06 PM
Perempuan memang lebih pandai main body language
Quote cahaya_almas 20-4-2019 12:27 PM
Pompuan muka inesen kan...jd tk sngka...yg lemah lembut...ckp manja2. Yg tulah akan curang.....huhu.....
Quote BedahBedul 20-4-2019 12:29 PM
cahaya_almas replied at 20-4-2019 12:27 PM
Pompuan muka inesen kan...jd tk sngka...yg lemah lembut...ckp manja2. Yg tulah akan curang.....huhu. ...

Mcm ada pengalaman je? Cerciter, ehehe
Quote Sang_Pencinta 20-4-2019 12:29 PM
cahaya_almas replied at 20-4-2019 12:27 PM
Pompuan muka inesen kan...jd tk sngka...yg lemah lembut...ckp manja2. Yg tulah akan curang.....huhu. ...

Betul2

Lepas tu salahkan pasangan balik kan? pandai twist
Quote BedahBedul 20-4-2019 12:31 PM
Maybe betul jgk kot tt, pompuan ni mmg pandai berlakon.. contohnya fake orgasm, laki mana pandai kan berlakon ahaha.. sori contoh extreme plak wkwkwk
Quote cahaya_almas 20-4-2019 12:40 PM
BedahBedul replied at 20-4-2019 12:29 PM
Mcm ada pengalaman je? Cerciter, ehehe

Haha....tkdelah pengalaman....tp yg dpt tau kwn perempuan curang mmg i akan ckp..ya ke..dia ke..mcm tk caya je...bkn dia baik ke....tp last2 kwn curang ni kawin jgk ngan psgn dia...mgkn dia betul2 cinta...n od x suami mgkn dh hlg cinta...kita tk tau kan apa mslh dlmn mrk....i time couple je suka kuar ngan mana2 kwn lelaki wlaau time tu ada special bf...tp tkde lah smpi curang..kuar mkn2 n nk kenal ramai lelaki je tu dijadikan suami...huhu..pas kawin mmg tkde lah nak keluar suka2 ati...sbb apa2 semua mtk izin suami...
Quote tumpanglalu74 20-4-2019 02:28 PM
Haah..  Ramei kat pejabat aku.  Anak pon bukan anak somi.  Kami tengok muke sebijik macam muke kolig kami jugak.  Ade ni baru aku sedor.  Allah tak kasi aku bodoh selamenye.  Lantak korang lah.  Jantan tak gune tu pukol anak bini.  Pelacur pon dia pakai.  Yang betine ni tengah preknen after 10 taon kosong.  Pelik pulak aku tetibe nak buat anak.  Dah kene pindah branch lain pon asek tergile2kan jantan tua ni jugak. Esok nanti ko dapat HIV baru insof.  This is not her first extra marital affair.  Dulu pon aku la jugak penyimpan mohor besar.  Dia nak cuti sama skendel tu koje pass kat aku.  Aku diam je.  Yang ni pon aku wat bodoh.  Tak paham aku ape paedahnye.  Kamon woman, U'll be the talk of the town soon.  Guys memang takkan simpan rahsia punye.  Skendel dulu tu pon dah bercerite kat orang.  Maybe she's juz plain stupid.
Quote Sang_Pencinta 20-4-2019 03:02 PM
tumpanglalu74 replied at 20-4-2019 02:28 PM
Haah..  Ramei kat pejabat aku.  Anak pon bukan anak somi.  Kami tengok muke sebijik macam muke kolig ...

Hubby dia tak syak apa apa ke?
Quote tumpanglalu74 20-4-2019 04:32 PM
Sang_Pencinta replied at 20-4-2019 03:02 PM
Hubby dia tak syak apa apa ke?

Mase skendel dulu tu laki dia punye muke macam nak bertanye.  Macam cuak.  Kesian aku tengok.
Quote nuryakmal 20-4-2019 04:43 PM
girl can multitask. simple.
Quote whitePoison 20-4-2019 06:50 PM
Sama je kot lelaki perempuan. Kalau dah hati tu nak curang, automatik jadi pandai berlakon, berdrama, menulis skrip.
Quote JokesCop 20-4-2019 06:56 PM
Atau boleh terbalikkan script, lelaki lebih percayakan pasangan berbanding wanita.

Cth:
Perempuan: I nak keluar malam ni, balik lewat
Lelaki: OK.

Lelaki: I nak keluar malam ni, balik lewat.
Perempuan: Siapa Wati!!!!!!
Quote brego 20-4-2019 07:00 PM
pompuan ni memang master in emotional manipulation.
nice guy memang naive bab nih.

jantan2 yang nak kawin, wajib belajar female nature ni semua.
at the end, akan buat laki tu akhir nya rasa tak jadi nak kawin.  

[youtube]2nZFhh76dwk[/youtube]
Quote Nenolen 20-4-2019 07:08 PM
Kaka mcm nak setuju jek dgn findings tu sebb kaka sendiri pun punya bakat utk manipulate org

Quote Sang_Pencinta 20-4-2019 08:25 PM
JokesCop replied at 20-4-2019 06:56 PM
Atau boleh terbalikkan script, lelaki lebih percayakan pasangan berbanding wanita.

Cth:

Boleh jadi jugak. Lelaki lebih lugu bodoh mudah percaya?
Quote FanTasyCreaTioN 20-4-2019 08:27 PM
Thread seperti ini lebih sesuai d buka kat SINI
Quote Cutedebok 21-4-2019 02:37 AM
Pompuan instinct kuat
Quote amyza 21-4-2019 09:49 AM
Haha. Memang betul. My friend ada sorang macam ni. Main beetalk rasanya. Kenal & jumpa kat luar. Takde yang berkenan, skali tu dah jumpa mamat(laki org), dia confident mamat tu nak jaga dia. Pastu mintak cerai. Twist plot salahkan laki sendiri itu ini. Sampai sekarang tak kahwin2, mamat laki org tu sibuk tambah anak dengan bini dia. Padan muka my friend. Semoga panjang jodoh mamat laki org tu dgn bini dia.
Quote Artemesiaa 21-4-2019 09:56 AM
Tak perlu tengok jauh rakan sekerja pun mesti ada yang macam tu.  Kat pejabat watak lain bila suami masing2 datang jemput balik tiap petang terus tukar watak lain.  

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.043208 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top