CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jujur, Tak Kenal Ramai Pelakon Baru" - Keith Foo

24-5-2019 02:41 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6920| Komen: 35|Original author: Oleh: SakuraJo

Pelakon kacak Keith Foo mengakui berasa terkejut dengan wajah-wajah baharu yang mewarnai dunia lakonan tanah air pada masa ini.

Memang, tidak dinafikan saban hari ada sahaja pelakon kacak dan cantik yang muncul di kaca TV.

Jika tidak mengikuti dunia seni, silap-silap ramai juga yang tidak mengenali pelakon-pelakon baharu ini kan!

"Jujur agak terkejut kerana begitu ramai pelakon baharu yang saya tidak kenal.



"Kebanjiran pendatang baharu adalah perkara yang positif bagi saya sebab ia menandakan industri lakonan tempatan sedang berkembang," ujarnya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, pelakon yang turut terkenal di negara seberang ini tidaklah berasa seperti ketinggalan atau pun tergugat. Malah, Keith mengakui berasa bangga dengan perkembangan tersebut.

"Tidak perlu berasa tergugat, sebaliknya kita harus berbangga kerana industri sentiasa meriah dengan bakat baharu. 

Foto Carian internet
"Pada masa sama, saya tidak rasa persaingan kerana bukan semua pelakon senior mempunyai idea yang bagus kerana adakalanya pelakon baharu juga banyak dengan idea bagus serta segar," katanya lagi.

Apa pun abam Keith tetap jadi pilihan kami lah! - CARI
1

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 24-5-2019 02:48 PM
macam lah kau tu dikenali..
Quote mixed 24-5-2019 02:51 PM
makin kembang heols

cuba diet cam nanas tgk dah ensom semula npk wangi
Quote keds 24-5-2019 02:52 PM
kau pun tidaklah famous sangat...

suam suam juga.
Quote haruslah 24-5-2019 03:06 PM
dia nih malaysian eh?

baru ku tahu
Quote cikatilia 24-5-2019 03:21 PM
org yg betul famous tak sibuk pon ckp xkenal org kiri kanan..
Quote mieymiey 24-5-2019 03:27 PM
Kalau istilah dalam forum, "Jujur, whoareyusssssssssssssss" - Keith Foo'
Quote seri_mawr 24-5-2019 03:49 PM
haruslah replied at 24-5-2019 03:06 PM
dia nih malaysian eh?

baru ku tahu

me too....ingat dia Indonesian....hahhaha
Quote Kurex 24-5-2019 03:51 PM
Teringin nak peluk dia..
Quote EvieWanKenobi 24-5-2019 03:52 PM
Kurex replied at 24-5-2019 03:51 PM
Teringin nak peluk dia..

adoii..
Quote nononcrux 24-5-2019 04:33 PM
aku pon tak berapa kenal artis baru sekarang.. dah mcm-mcm rupa bentuk umur dan gaya..
tak boleh nak beza, mana pelakon mana artis tik tok yg mana isnta famous, yg mana budak viral.. sama level je.. bukak socmed muka lain lain, tak abis kenal yg ni yang baru pulak muncul
Quote Zazashar 24-5-2019 04:38 PM
Berisi la dia skrg
Quote Telolet 24-5-2019 04:45 PM
kekadang iols kenal retis baru sebab tetiba ada kontrobasi la scandal la so nama deols disebut2 kat porem.
contoh macam oktagon manrose tu, kalau bukan sebab cite scandal alif tu sampai kesudah iols tak kenal sape.
tapi yelah iols memang jarang tengok tv pon.
Quote Carcosa 24-5-2019 08:42 PM
Trying so hard lah KF ni nak up kan nama balik. Masa anda sudah berlalu pakkk Tulah, dulu kat Yindon ko pemes, thiber nak blk Mesia. Skali kat Mesia, kau berlakun Ariana Rose, tu jelah boom. Tu pun sebab Patiah sewel tu. Ko? Air bersuhu 20 celcius ya..... Suammmmmmmmm
Quote minah_selekeh 24-5-2019 08:55 PM
Aku OK je kalau dia berlakon balik.. Better la dari tengok ntah sapa2 pelakon kat TV sekarang..
Quote damian_lee 24-5-2019 09:22 PM
Dia ni kalau kurus lagi memang lebih booomss
Sebb dia punya features memang editorial materials yaaa
Quote dramaking007 25-5-2019 05:40 AM
samalah aku pun x kenal da ramai sgt yg nk jadi artis gitu {:nose{:nose{:nose{:nose
Quote iwan007 25-5-2019 10:30 AM
Sedeh nok.Ko mmg sendu di aidilfitri.  Even citer cina pun x nak ambik ko belakon. Mereput laa
Quote hasniey 25-5-2019 11:10 AM
Keith foo g indon balik laa..entah2 meletop2 balik kt sana.kt sini pon senduu je
Quote adeqo 25-5-2019 11:15 AM
Masalahnye sekarang, artis baru yg ada sekarang ni kenal ke keith foo?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.033915 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top