Jenama terkenal dari China, Xiaomi bukanlah nama yang asing lagi di dunia. Terkenal sebagai pengeluar telefon pintar dan mempunyai hamper 170 juta pengguna di seluruh dunia, Xiaomi kini mengejutkan dunia dengan pengeluaran SUV rekaan mereka sendiri.
Pengeluaran SUV ini adalah hasil kerjasama bersama syarikat pengeluar automotif, Besturn FAW Group. SUV ini akan bernaung di bawah sub-brand Xiaomi iaitu Redmi. Meskipun Xiaomi adalah sebuah jenama teknologi yang terkenal, SUV yang dikeluarkan ini bukanlah kereta yang menggunakan teknologi elektrik. SUV ini dikatakan akan hadir dengan bantuan Xiao AI yang akan memudahkan tugas dalam pemanduan. Berukuran 4525 x 1845 x 1615 dan berat sebanyak 1455 kg, kereta ini hadir dengan kuasa turbo 143hp dan 204 Nm maksimum torque! Harga permulaan yang ditawarkan pula adalah 89, 800 yuan, bersamaan dengan RM 55, 488. Boleh tahan!
Dengan rekaan sporty dan menarik, SUV ini pasti akan menjadi tumpuan apabila masuk ke pasaran Malaysia pada masa akan datang. Buat korang yang berminat tu, simpan duit dulu! - CARI |
ADVERTISEMENT