Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019 baru sahaja selesai, di mana peserta dari Malaysia, Nor Farhatul Faizurah Panut dan Abdul Khair Jalil muncul juara qariah dan qari. Bagaimanapun, seorang peserta qari luar menjadi tumpuan media kerana keramahannya.
Ahmet Ucar, 25, peserta dari Austria ini menjadi tumpuan di antara barisan qari dan qariah dari negara luar seperti Sweden, Norway, Azerbaijan, dan Montenegro kerana sanggup ditemu ramah pelbagai barisan media dan menyatakan kekagumannya dengan toleransi di negara ini. Tambah menarik, jejaka yang masih bujang itu memberitahu Sinar Harian bahawa beliau tidak menolak jika berjodohan dengan gadis tempatan kerana telah lama mengagumi keramahan rakyatnya. Menurut pelajar Pascasiswazah Pengajian Islam di University of Vienna ini, beliau telah merantau ke banyak negara Eropah tetapi mendapati hospitaliti komuniti Islam di negara ini jauh berbeza. 'Ini kali pertama saya ke Malaysia, sebelumnya saya mengenali negara ini daripada seorang pensyarah saya yang juga berkahwin dengan rakyat Malaysia,' kata Ahmet. 'Saya dapati, rakyat Malaysia bukan sahaja ramah tetapi mudah tersenyum dan tidak seperti di negara saya, pemakaian hijab di sini tidak diharamkan,' tambahnya yang teringin tinggal lebih lama di Malaysia dan tidak menolak jika ada jodoh di sini. Jadi, satu peluang buat gadis Malaysia yang ingin berkenalan dengan jejaka Austria bujang ini. - CARI
|
goss79 replied at 22-4-2019 02:28 PM
yg menang qariah budak msia tu i rasa lawa.. cuba lah mana tahu berjodohan hehehe...
Sang_Pencinta replied at 22-4-2019 02:32 PM
Dia ni menang qariah
ais_kosong replied at 22-4-2019 02:38 PM
elok paras rupa pasti ramai yang sudi.
lain la muka hauk.. ko teringin ke ngidam ke cakap di tangan ...
Acikgomen replied at 22-4-2019 05:34 PM
Kat porem ni pun ramai ciki berair tanpa perigi yg naik repair keturunan dekkkkk
Asal jgn cara ...
raxief replied at 23-4-2019 12:37 AM
kira ok la pompuan melayu minat lelaki hensem, muka european mcm ni.. pandai mengaji quran plak..
...
Perk77 replied at 23-4-2019 07:04 AM
Entahnya ...sebenarnya lelaki jepun lagi hensem Dr Korea...takde operate2 muka..hidung mancung kul ...
ADVERTISEMENT