Semalam telah berlangsung Anugerah Meletop Era AME19 di Axiata Arena Bukit Jalil. Majlis berprestij itu diadakan untuk mengangkat nama-nama selebriti sebagai tanda penghargaan untuk mereka dalam rancangan anjuran MeleTop dan Era FM. Rata-rata peminat teruja dengan artis idola mereka yang membuat persembahan pada malam itu. Acara yang menampilkan tiga pengacara, Nabil, Jihan dan Neelofa itu ternyata sangat meriah dan memukau. Namun apa yang menarik perhatian penonton adalah persembahan duet Hael Husaini dan Misha Omar yang pernah menang anugerah vokal terbaik di AJL33 ini ternyata menghampakan ramai pihak.
Apa sudah terjadi kepada Hael? Persembahan yang sedikit mengecewakan para peminat pada malam tersebut. Hael dikatakan mengalami masalah untuk menyanyi lagu Rewrite The Star bersama dengan Misha Omar. Suaranya sumbang dan sedikit terlupa lirik. Adakah mereka tidak cukup latihan? Lebih baik nyanyi lagu sendiri, salahkan audioman? Biarpun suaranya agak sumbang pada permulaan, Hael telah menang kategori Group/Duo bersama Dayang Nurfaizah.
|
buragazz replied at 22-4-2019 04:36 PM
Aku perasan, aku cam rasa earpiece dia tak dengor sebab dia ada betulkan earpiece dia pastu baru ok ...
unguaurora replied at 22-4-2019 06:04 PM
Hael ni dgn FT ada persamaan. Deols penyanyi yg pandai buat lagu tapi nyanyi hauk masa live. Sape s ...
danieladam replied at 22-4-2019 07:49 PM
Tak berapa nak setuju part Faizal Tahir. Iols rasa zaman2 OIAM dgn AJL awal2 dlu, Faizal ok je liv ...
ADVERTISEMENT