Seringkali apabila kita membaca berita mengenai wanita yang menjadi mangsa cabul, banyak mulut-mulut sumbang yang mempersalahkan pemakaian si mangsa yang dikatakan mendedahkan. Terutamanya lelaki, ramai yang berpendapat berpakaian menutup aurat akan menyelesaikan kes-kes sebegini dengan mudahnya.
Adakah benarnya pandangan ini? Seorang netizen memuatnaik sebuah status yang menyebabkan perdebatan hangat baru-baru ini. Menurut netizen tersebut, hampir setiap hari beliau menjadi mangsa panggilan nakal para lelaki walaupun mengenakan hijab. Anehnya, selepas menanggalkan hijabnya, gangguan seks seperti itu berkurangan.
Kenyataan itu menyebabkan ramai yang membuat hipotesis bahawa wanita bertudung lebih banyak mengalami banyak gangguan berbanding yang tidak bertudung. Ada yang tertanya-tanya adakah wanita yang lain juga mengalami perkara yang sama ? Seorang netizen berkongsi pengalaman diraba di dalam LRT ketika ke tempat kerja. Beliau mengenakan baju kurung dan tudung bawal. 'Sejak sekolah rendah lagi saya mengenakan tudung tetapi masih kena gangguan, pernah lelaki menunjukkan kemaluannya dan pernah diraba seorang pekedai Arab di Mekah, dia juga menggeselkan kemaluannya ke belakang saya' kata seorang lagi wanita. Seorang wanita yang kini tidak lagi bertudung berkata lelaki suka mengganggunya dan mencubit pipinya ketika bertudung. Lebih mengejutkan, seorang wanita mengatakan gurunya sendiri yang melakukan gangguan seks dengan bahasa lucah kepadanya. Sebaliknya ada wanita yang berpendapat gangguan kekal ada, sama kepada wanita bertudung atau tidak. Pendapat ini disokong oleh seorang lelaki yang berkata secara jujur wanita kelihatan menarik tidak kira apa pakaiannya jadi isu ini semestinya berpunca daripada lelaki yang tidak mampu mengawal diri. Apa pula pandangan anda? Benarkah wanita berhijab kekal menjadi mangsa gangguan seks? - CARI |
4
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
brego replied at 23-4-2019 03:34 PM
u can only control yourself.
cara nak elak harassment, pakai tudung labuh tutup dada,
baju longga ...
prettyuglybabe replied at 23-4-2019 03:36 PM
alasan nak sedapkan hati tak nak pakai tudung je tu..
brego replied at 23-4-2019 03:34 PM
u can only control yourself.
cara nak elak harassment, pakai tudung labuh tutup dada,
baju longga ...
annehuda replied at 23-4-2019 04:07 PM
ko ni mesti jantan kan?
sexual harassment tu bukan takat raba-raba je dik
percakapan, jelingan, ...
palmolive replied at 23-4-2019 04:10 PM
kalo sama2 layan tak dikira harrassment sisthur...
annehuda replied at 23-4-2019 04:14 PM
sebenarnye ko nak cakap ape ni? tak paham aku
annehuda replied at 23-4-2019 04:07 PM
ko ni mesti jantan kan?
sexual harassment tu bukan takat raba-raba je dik
percakapan, jelingan, ...
ADVERTISEMENT