Kejadian ini bukan berlaku di luar negara, tetapi berlaku di Malaysia! Hanya sebab tidak puas hati dirinya ditegur, pelaku mengelar leher mangsa mengguna pisau pemotong sayur sehingga mati.
Suspek yang merupakan rakan sekerja dengan mangsa dikatakan tidak berpuas hati setelah ditegur mengenai perihal tugas di tempat kerja. Menurut saksi, ketika kejadian berlaku, terdengar perbalahan di belakang dapur dan tercetus pergaduhan. Suspek kemudian mengambil pisau pemotong sayur lalu mengelar leher mangsa. Mangsa meninggal dunia
Mangsa yang merupakan warga Thailand berumur 24 tahun serta suspek pula baru berumur 19 tahun juga merupakan warganegara yang sama. Mereka berdua bekerja di kedai makan di Taman Bukit Emas, Rahang, Seremban. Adik mangsa serta rakannya yang kebetulan berada di tempat kejadian segera menangkap suspek ketika kejadian itu berlaku. Mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Tunku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - CARI |
iloveselangor replied at 23-4-2019 01:17 PM
Ada bideo Nye ngeriiii
chinta89 replied at 23-4-2019 03:48 PM
bukti tukang masak/staff restoran ramai bukan warganegara
chinta89 replied at 23-4-2019 03:48 PM
bukti tukang masak/staff restoran ramai bukan warganegara
prettyuglybabe replied at 23-4-2019 04:18 PM
standard la kalau kedai tomyam..
kg baru tu kalau kena serbu, mau kelaparan orang kl
ADVERTISEMENT