CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Buang Barang Dalam Rumah Jiran, Suami Isteri Parah Ditikam

23-4-2019 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7571| Komen: 69

Sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 41 tahun parah ditikam jiran selepas membuang barang ke dalam rumah suspek, lapor Astro AWANI.

Dalam kejadian yang berlaku di Flat Padang Tembak, Air Itam, Georgetown jam 1 pagi, Ahad itu, suspek, 45, berang dengan tindakan jirannya hingga menikam kedua-dua mangsa di bahagian dada, perut dan siku kanan mereka.



Kredit foto: AWANI/Ihsan PDRM

Sementara itu, suspek dilaporkan patah hidung, bengkak mulut dan pipi serta luka di bahagian jari.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca apabila suspek berang pasangan yang tinggal di tingkat enam itu melempar barang masuk ke rumahnya di tingkat lima sebelum tercetus pertengkaran mulut di antara mereka.

Situasi semakin tegang apabila wanita berkenaan bertindak memukul kepala suspek dengan tin biskut dan menolak ibunya sehingga terjatuh.


Gagal mengawal amarahnya, suspek yang ketika itu sedang memotong buah menikam wanita berkenaan sebelum bergelut dengan suami mangsa yang kemudiannya ditikam di dada dan perut.


Senjata digunakan suspek
Kredit foto: AWANI/Ihsan PDRM

Menurut laporan, masih masih belum stabil dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang yang mengesahkan kejadian berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka sebelum ini sering bergaduh berhubung perkara kecil.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan Seksyen 148 kanun sama kerana merusuh. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 23-4-2019 01:38 PM
Kes neighbour from hell la ni, tak reti respect orang lain
Quote albedah 23-4-2019 01:43 PM
So mangsa ni jenis buang sampah ke bawah la ka..  So ppr...  Rasakan..
Quote kechikchomel 23-4-2019 01:47 PM
Tak nak kesian boleh tak?
Quote pumpkingirl 23-4-2019 02:00 PM
Padan muka
Quote Anggun05 23-4-2019 02:03 PM
hmm.. memang patut pon...perangai PRT sungguhla...
Quote matchstick 23-4-2019 02:03 PM
Dlm kes ni aku kesian ke saspek... Jahanam sgt perangai laki bini. Dan si bini tu mcm spesis kuang hajor. Org tegur buat salah boleh pulak ko ketuk kepala org tu dgn tin biskut siap tolak mak dia.
Quote puteribaya 23-4-2019 02:04 PM
haaa..mendapat kan..banyak je jiran2 yg begini,,kalu sumer org ikut jejak langkah suspek,,mesti x berani ..xde kes lagi buang sampah merata ni..solution yg berjaya
Quote honeybee1802 23-4-2019 02:05 PM
Wow.. Pulau ppl really behaved eh?
Quote haryatie 23-4-2019 02:07 PM
jiran yg mcm ni mmg rsa nak tikam jerk
spesis xde otak...buang smpah sesuka hati
Quote dino 23-4-2019 02:11 PM
dgr sblh pihak.. elok la kena tikam...
tp mslhnya dah jd kes polis
Quote paz 23-4-2019 02:11 PM
Dah lah perangai buruk tak boleh bawa bincang plak tu.

Inilah akibat bila pentingkan diri sendiri, ingat kesenangan sendiri aja. Orang lain ada had kesabarannya juga.
Quote matamata 23-4-2019 02:13 PM
Oooooo...bini mangsa hentak tin biskut kat mak saspek.....sampai jatuh....padanla dua2 kena rodok
Quote kucengcomel 23-4-2019 02:18 PM
pprtnye perangai..rasakan..bodoh piang apa pegi buang barang kt umah orang.kan dh mendapat..cuma kesian kt saspek..x pasal pasal je.
Quote ikanmasin 23-4-2019 02:21 PM
akk padan muka jer perangai org mcm ni..sambil2 cr pasal
siap provoke2 buang sampah umah org dah kenapa kan..
dah bertikam tu kalau tak sedar tak tau lah
Quote palmolive 23-4-2019 02:22 PM
husnuzon..maybe mangsa tak kenal mana 1 tong smpah..mana 1 rumah jiran

ok tak
Quote zuuu 23-4-2019 02:25 PM
Yg jiran tu dh kenapa???dhla ko buang sampah kt umah orang dh tu berani pulak g pukul jiran ngan tin biskut..Haram jadah sngguh perangai
Quote zowi89 23-4-2019 02:32 PM
malas nak kesian org giniii
Quote milanhawkin 23-4-2019 02:33 PM
eh padan la muka mangsa. cari pasal mentang2 sblm ni org tak buat apa2 kan. sekali meletup haa... hamek!!! cash!
Quote arm_band 23-4-2019 02:39 PM
daserrrr pprt....

orang tengah pegang pisau pun ko berani nak main ketuk2 kepala lagi, mendapat laa

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.072384 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top