CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'3 Kerja Sehari, Semua Untuk Mak Dan Adik-Adik'- Mengaku Tiada Pelajaran, Kisah Pemuda Ini Mengharukan Netizen

25-4-2019 11:55 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10634| Komen: 37|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Ramai graduan sekarang mengeluh kerana walaupun dengan kelulusan yang tinggi, mereka masih tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka. 

Malahan ada yang memilih untuk menganggur kerana merasakan satu kerugian untuk bekerja dengan gaji yang tidak memadai.

Kredit foto: Twitter
Berlainan pula dengan seorang pemuda bernama Zhariff yang berkongsi kepayahannya untuk melakukan tiga pekerjaan demi membantu keluarganya.


Kredit foto: Twitter
Dalam perkongsiannya itu, Zhariff yang berusia 21 tahun berkata dia bekerja sebagai despatch di sebuah syarikat kurier pada siang hari kemudian sebagai penghantar barang sesudah kerjanya dengan syarikat kurier itu selesai. 

Pada waktu malamnya, Zhariff berkata beliau bekerja dengan sebuah restoran segera sebagai penghantar makanan.


Kredit foto: Twitter
Menurut anak kedua daripada lima beradik ini, kerjanya sememangnya memenatkan tetapi dia sanggup berkorban demi ibu dan adik-adiknya. Tambahan pula, dia tidak mempunyai pelajaran yang tinggi dan ayahnya hanyalah bekerja sebagai buruh kasar.


Kredit foto: Twitter
Perkongsian Zhariff itu mengharukan netizen yang merasa berbangga dengan usaha anak muda itu. 'Saya doakan kamu mudah rezeki', kata seorang netizen.


Seorang lagi netizen turut berkongsi pengalamannya bekerja beberapa pekerjaan dan mengatakan dia faham betapa penatnya anak muda ini.



Kredit foto: Twitter
'Semoga kamu sentiasa ikhlas dalam mencari rezeki untuk keluarga, pasti hasilnya lumayan di kemudian hari', tambahnya.


Seorang lagi berkata mereka yang gigih berusaha dan sentiasa mementingkan keluarga pasti Berjaya kemudian hari, tidak kiralah sama ada memereka mempunyai pelajaran atau tidak.

Kredit foto: Twitter
Semoga kisah anak muda ini akan menjadi teladan kepada ramai lagi belia di luar sana yang hanya pandai mengeluh mengenai kesusahan hidup. -CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 25-4-2019 12:00 PM
kalau rajin dan xde rasa malu2 nak lakukan apa pekerjaan yg halal
InnsyaAllah Allah akn permudahkan segalanya meskipun x mewah, x kaya
ada keberkatan dlm nya
Quote nazzse 25-4-2019 12:03 PM
Bakal laki macam ni la yang kena cari...bukan mcm laki negeri east coast tu, bini keluar kerja laki dok umah goyang kaki...lagi demand macam2
Quote Artemesiaa 25-4-2019 12:06 PM
Bersusah dulu pasti akan senang kemudian asalkan dalam kesihatan yang baik selalu
Quote prettyuglybabe 25-4-2019 12:13 PM
kalau semua nak kerja bagus-bagus, siapa yang nak kerja biasa-biasa?
dia ni bijak la grab segala peluang kerja yang ada..
lagi bagus dari mentaliti tak nak keja sebab gaji tak seberapa...
Quote adik_aza 25-4-2019 12:28 PM
bagus ko dik tak memilih kerja .. janji halal
Quote RatuDunia94 25-4-2019 12:34 PM
X pandai xpe.. asalkan rajin n jujur bekerja.. belajar pandai2 tp ujung2 menipu org buat pe..
Quote buapakperut 25-4-2019 12:48 PM
meanwhile adek2 main insta pakai mekap tebal, seluar supreme minum starbuck
Quote Kurex 25-4-2019 01:03 PM
Takpe dik..
Aku dulu keje kilang, sapu sampah, tolong member buat kerja.
Masa tu sorang taknak kawan aku.. Sedara lain pun taknak bersembang dengan aku.
Kena hina weh.
Nanti kau dah senang, jangan lupa siapa kau sebelum ni. Kau kena fikir, kau tetap tak mampu menggapai langit.
Quote uori 25-4-2019 01:21 PM
then apa fungsi makpak dia ke atas hanak2 dorang? (soalan jujur)
Quote Sang_Pencinta 25-4-2019 01:23 PM
Pasti penat kerja dia ni. Sedangkan duk ofis 9-5 pun letih
Quote Sang_Pencinta 25-4-2019 01:24 PM
Kurex replied at 25-4-2019 01:03 PM
Takpe dik..
Aku dulu keje kilang, sapu sampah, tolong member buat kerja.
Masa tu sorang taknak kaw ...

Wow Rajinnya
Quote Sang_Pencinta 25-4-2019 01:26 PM
uori replied at 25-4-2019 01:21 PM
then apa fungsi makpak dia ke atas hanak2 dorang? (soalan jujur)

Sihat walafiat anak2 diorang 5 ni

Pasti mak bapak dah berhempas pulas selama ini

Adik ni tolong je slps dewasa
Quote Kurex 25-4-2019 01:37 PM
Sang_Pencinta replied at 25-4-2019 01:24 PM
Wow Rajinnya

Sebab masa tu aku takde kerja tetap lagi..
2017 baru aku dapat kerja.. Ni nak ambik part time
Quote ikanmasin 25-4-2019 01:43 PM
yg penting rajin dan usaha.nak hrpkan sapa lg.zmn skrg ni mcm2
kerja bole cari dan buat.asal dr diri sendiri nak buat dgn tak nak jer..
masa muda mcm tu lah kene usaha kuat cr duit..bantu org tua murah
rezeki sll dik..akk sokong anak muda mcm ni yg sentiasa usaha cr jln
bantu keluarga..
Quote Perk77 25-4-2019 01:44 PM
Bagus dik...tp kesihatan kena Jaga..cukup rehat..mak nya pun juga bekalkan makanan yg sihat utk si anak...jgn ko kerja sampai tk cukup rehat dan tidur...ko boleh kena strok
Quote prettyuglybabe 25-4-2019 01:58 PM
buapakperut replied at 25-4-2019 12:48 PM
meanwhile adek2 main insta pakai mekap tebal, seluar supreme minum starbuck

sorang yang pakai baju peach berlipstik tu macam ada gaya..
yang lain belum nampak lagi
Quote Iris. 25-4-2019 02:35 PM
Tak... Aku nampak adik dia kemahen posing pakai lipstik merah
Kau kerja juga kan sis....
Quote fushimi 25-4-2019 02:55 PM
yang pakai lipstik merah tu adik ke girlpren

Quote Sang_Pencinta 25-4-2019 02:59 PM
Iris. replied at 25-4-2019 02:35 PM
Tak... Aku nampak adik dia kemahen posing pakai lipstik merah
Kau kerja juga kan sis....

Amboi tajamnya mata, sekilas warna gincu di bibir boleh tahu kerja atau tidak ya

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.067662 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top