Ketika mempromosikan albumnya pada tahun 2017 dahulu, Shawn Mendes singgah mengadakan beberapa konsert di beberapa negara Asean, bagaimanapun Malaysia tercicir daripada senarai beliau menyebabkan ramai peminat yang menggelar diri mereka 'Mendes Army' patah hati.
Bagaimanapun, kekecewaan itu akan terubat apabila penyanyi itu mengumumkan tarikh untuk World Tour 2019 beliau dan Malaysia telah tersenarai sebagai salah satu daripada lokasinya. Sudah pasti berita ini akan menggembirakan peminat penyanyi lagu Stitches, Mercy, dan banyak lagi lagu hits ini. Menurut kenyataan yang dibuat oleh pihak pengurusannya, Shawn Mendes akan mengadakan persembahan pada 5 Oktober 2019 ini bertempat di Aziata Arena, Bukit Jalil.
Inilah kali pertama beliau akan membuat kemunculan di negara kita. Selain Kuala Lumpur, Shawn Mendes juga akan mengadakan konsert di beberapa negara Asean lainnya seperti Bangkok, Singapura, Jakarta, Manila, Macau, dan Tokyo. Tiket-tiket untuk konsert ini dijual pada harga RM258, RM358, dan RM428 dan boleh ditempah lebih awal mulai 25 April oleh ahli kelab peminat beliau melalui Aplikasi ShawnAccess. Peminat yang lain pula boleh membeli melalui PR Wordwide atau MyTicket.Asia mulai 29 April. Sudah pastinya kemunculan Shawn Mendes akan ditunggu-tunggu oleh peminat beliau. -CARI
|
namieamuro: bole la akak nazimah pegi..mane tau mimpi jd kenyataan kan
namieamuro replied at 25-4-2019 12:16 PM
bole la akak nazimah pegi..mane tau mimpi jd kenyataan kan
aijinmisaki replied at 25-4-2019 12:39 PM
Nazimah minat shawn mendes ke?
Taste hadik2 sangat heshe
namieamuro replied at 25-4-2019 12:16 PM
bole la akak nazimah pegi..mane tau mimpi jd kenyataan kan
ADVERTISEMENT