Finale filem Avengers yang dinantikan oleh peminat setia di seluruh dunia akhirnya ditayangkan untuk tontonan awam. Ini termasuklah Malaysia yang rata - rata tidak sabar untuk menyaksikan penamat setelah 10 tahun filem ini ditayangkan oleh Marvel Cinematic Universe (MCU) ini. Tidak melepaskan peluang, ada yang sanggup terpacak di panggung wayang seawal 6.30 pagi! Solat subuh tak tu? Menurut info, episod Avengers : Endgame ini ditayangkan dua hari lebih awal berbanding dengan negara lain seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat iaitu pada 24 April 2019. Tiket yang dijual di pawagam seluruh Malaysia rata-rata telah habis untuk tayangan perdana malah untuk hari - hari yang akan datang semata - mata nak jadi orang yang terawal menonton filem tersebut. Dasyat sungguh penangan Avengers ini ya! Sanggup apply cuti! Memandangkan 24 April 2019 jatuh pada hari rabu, sesetengah penonton yang ditemui katanya sanggup memohon cuti hanya untuk menonton filem ini. Kelas kau jah! Malah ada yang sanggup berjalan jauh dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan filem tersebut. Menurut saudara Mohd Faizal Muda, 35, beliau tidak kisah memandu jarak jauh sehingga ke Kuala Lumpur supaya tidak terlepas menjadi orang pertama dan mungkin juga, tidak mahu lihat 'spoiler' barangkali. Bagi Syahizan pula, beliau sanggup menetap sementara di hotel berdekatan dengan pawagam di Mutiara Damansara supaya tidak ketinggalan untuk menonton filem Avengers:Endgame yang ditayangkan seawal 6.30 pagi. Tengok tu tengok juga, harap tak terlepas solat subuh la ya! - CARI Sumber : Worldofbuzz
|
Artemesiaa replied at 25-4-2019 11:42 AM
Pihak yang mempromosi bijak. Kira di Malaysia tayangan pertama pukul 7 pagi agak ok lagi berbanding ...
stormcloud replied at 25-4-2019 11:34 AM
Kalau aku memang tak la nak buat. Solat lagi penting. Aku pun ambil cuti sebab nak tonton filem nie ...
ADVERTISEMENT