Baru sebulan bekerja dengan majikannya di Telok Kurau, Singapura, seornag majikan dah merindukan kampung halamannya (homesick). Dia kemudiannya memberitahu rancangan untuk membunuh majikannya kepada kekasihnya yang berada di Hong Kong.
The New Paper melaporkan, Daryati, 26 mahu mendapatkan semuakla passport dan mencuri duit majikannya untuk pulang ke Indonesia. Majikannya, Seow Kim Choo, 59, dikelar di leher dengan 98 kesan tikaman pada 7 Jun 2016. Tertuduh berdepan dengan hukuman mati. Dalam buku diarinya, Daryati ada menulis, "Saya mesti melaksanakan plan ini secepat mungkin. Saya perlu berani biarpun nyawa saya menjadi pertaruhan. Keluarga majikan saya adalah sasaran saya. Mati!!!"
Difahamkan dia mula bekerja dengan keluarga tersebut pada 13 April 2016 dan merancang untuk membunuh pada 12 Mei. Dia meminta bantuan seorang lagi pemabantu rumah namun tidak menyatakan rancangan pembunuhannya. Daryati menyuruh rakan pembantu, Don Hayati, 27 untuk mematikan CCTV dan bekalan elektrik untuk memudahkan mencuri duit. Daryati pergi ke bilik mangsa, mengeluarkan pisau dan meminta passportnya. Mangsa menjerit sebelum diheret dalam tandas, dikelar dan ditikam di leher, kepala dan muka. Suami mangsa, ong cuba membuka pintu namun ditikam oleh Daryati di leher. Laporan psikiatri menyatakan Daryati mempunyai gangguan penyesuaian diri tetapi perkara itu tidak dapat dijadikan sebagai alasan untuk dia melepaskan diri. -CARI |
Suami mangsa, ong cuba membuka pintu namun ditikam oleh Daryati di leher.
ADVERTISEMENT