CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melampau Caj 20 Sen Untuk Pinggan Dan Cawan Tambahan!-Tauke Restoran Jelaskan

25-4-2019 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5407| Komen: 30|Original author: Oleh: Myra Rozi

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai gambar sekeping resit yang memaparkan Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar cawangan SS2/10 Petaling Jaya mengenakan caj 20 sen untuk pinggan dan gelas tambahan.


mStar Online melaporkan, sebenarnya pihak restoran mempunyai sebabnya yang tersendiri.


Menurut pemilik merangkap Pengarah Urusannya,
 
"Sebenarnya ramai orang salah faham. Kami hanya kenakan caj tambahan 20 sen sewaktu ketiadaan air sahaja. Selepas pukul 10 paggi Rabu, bekalan air dah kembali pulih kami pun gentikan caj berkenaan.


"Biasanya satu hidangan roti canai guna satu pinggan, satu mangkuk kuah, satu set sudu garfu, jadi kos datang di situ.

"Kami kena sediakan pinggan mangkuk sebab menurut notis yang dikeluarkan katanya tiga hari tak ada air. Ini dilakukan demi kebersihan. Tak ada air macam mana nak cuci kan?"

Gambar Hiasan
Burhan menambah yang pihaknya sedih bila ada pihak yang menularkannya tanpa sebarang usul periksa.

"Saya rasa sakit hati orang cakap saya nak untung banyak. Bila air dah ada, kami tak kenakan pun caj 20 sen tu."-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-4-2019 04:24 PM
Aku dah lama boikot restoran nasik kandar mamak semua ni.
Hari tu teman member minum, aku tai minum, sebab air pun harga til aviv, selamba je pembancuh air tu kacau air pakai jari, lepas tu jilat.
Quote kucingitam 25-4-2019 04:35 PM
cuci kat lopak jalan je la..ahah
Quote mdhelmi 25-4-2019 05:06 PM
casla pape, naikkan harga semua
yg pasti org tetap akan dtg jugak
aku pon pelik
Quote sfrnna 25-4-2019 05:07 PM
Iols rasa tauke mamak kayu ni dah kaya Raya. X kan takda air sekejap je effect sangat bisnes tu. Ambil kesempatan betul.
Quote arm_band 25-4-2019 05:49 PM
amboi pandai mamak nak maximise profit. abis harga makan minum pun naikkan la 20sen setiap satu....... masak semua tu pun nak pakai air gak kan
Quote giyomi 25-4-2019 08:49 PM
ehhh tu bukan salah org yg dtg makan hokey. ko lar kena cari insiatif lain, ni tak pasal2 nak caj...puiiii...sib baik akak dah lama ban kedai mamak
Quote None68 26-4-2019 02:36 AM
Tapi penuh gak org kita kat kedai2 gitu wp mcm2 kontroversi..
Quote EvieWanKenobi 26-4-2019 08:10 AM
ini memang mendatangkan kemarahan..
Quote ang_bess 26-4-2019 08:13 AM
Hadap sangat ngan mamak. Rasain lorrr
Quote fizamn 26-4-2019 08:23 AM
kayu ss2 nie mahal..
Quote leylapple 26-4-2019 08:34 AM
sapo yang komplen tu? azri mamak tu?

padan lah muka
Quote batusembilan 26-4-2019 10:06 AM
dh kaya pun masih berkira.

tak lama Allah akan tarik nikmat yg diberikannya.
Quote LipasComel 26-4-2019 10:36 AM
em tahun lepas pun penah jugak selangor takde air. kedai makan xde pun cas 20sen. tp diorg bijak sikit la sebab pinggan tu lapik dgn plastik bungkus makanan, tak payah cuci pinggan, buang plastik je.
Quote cikatilia 26-4-2019 10:57 AM
kotor la mcm mana
mahal pon
bersusun2 org dtg
beratur panjang nak amik nasi
siap termenung tepi tiang tunggu meja kosong..
Quote namr 26-4-2019 11:03 AM
Dah hadap sgt nak mkn situ kenapa?pegi la kedai lain
Quote kakakau 26-4-2019 12:01 PM
air takdak masalah customer ke? memang la org bengang kau x bgtau awal2 nak cherge tu. kalau org tau xde makna still hadap nak makan kedai kau
Quote highcastle 26-4-2019 12:12 PM
Huk alah...... Itu pun nak berkira.......... Berjuta hang dah untung.......... Mmg patut boikot la............
Quote monsterwife 26-4-2019 01:09 PM
Aku dah lama banned mamak stall. Kedekut setakat brp sen je dah nak charge.pelanggan bwk rezeki kot.kalau x nak charge bgtau lah awal2 bwk pinggan mangkuk sendiri dari rmh...
Quote ninjago 26-4-2019 01:11 PM
omg dia boleh pass cost nak basuh pinggan time air takde kt pengguna? baik xyah bukak kedai makan la camtu gaya.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.140555 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top