CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Sayunya, Teringat Arwah Mak' - Kisah Adik Ini Melawat Pusara Gamit Kenangan Pilu

26-4-2019 11:49 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9987| Komen: 24|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Perkongsian seorang jurugambar bernama Atan Mukris di Facebook baru-baru ini  menimbulkan pelbagai emosi kepada netizen. 

Gambar-gambar tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak melawat pusara ibunya seorang diri.



Kredit foto: Facebook
Dalam posting yang diberikan judul Surat Dari Ibu itu, jurugambar itu menyajikan 58 keping gambar menunjukkan aksi seorang kanak-kanak melawat kubur yang dipercayai milik ibunya. 




Kredit foto: Facebook
Kanak-kanak itu kemudiannya duduk hiba membacakan doa untuk arwah ibunya dan kemudian membaca sepucuk surat dengan tulisan 'Ibu sayang kamu, jaga diri baik-baik'. 

Sehingga hari ini, posting meruntun hati itu sudah dikongsi 18 ribu kali dan mendapat hampir 1000 komen daripada netizen.





Kredit foto: Facebook
Kebanyakan daripada komen netizen mengimbau kenangan ditinggalkan oleh ayah atau ibu masing-masing. Apa lagi menjelanganya bulan Ramadhan tidak lama lagi.

'Saya terkesan sangat tengok gambar ini, tidak dapat bayangkan jika itu anak lelaki saya sedang berjalan menuju ke pusara ayahnya,' kata seorang netizen.

'Walaupun hanya gambar tapi sangat mendalam dan terkesan. Sayu, sedih, air mata pun mengalir walau dengan hanya tengok gambar, teringat arwah emak, moga awak terus kuat, dik,' tambah seorang lagi.

Kredit foto: Facebook
'My mum meninggal 2016 sampai hari ini tahun ni setiap hari Jumaat atau Khamis memang akan pergi ziarah kubur mak, rindu sgt dekat mak, Alfatihah mak semoga roh mak tenang di sana amin,' luah seorang lagi netizen yang turut terkesan dengan gambar-gambar itu.

Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, dalam posting susulannya, Atan Mukris menerangkan bahawa kisah dalam gambar itu hanyalah sebuah drama ilham seninya yang menunjukkan hubungan antara seorang anak dan ibunya yang telah meninggal. 

Kredit foto: Facebook
Tahniah diucapkan kepada beliau kerana kerana kisah itu berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada netizen. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-4-2019 12:01 PM
Hmmmmm
Sedihnya hati aku..
Quote prettyuglybabe 26-4-2019 12:04 PM
baru nak cakap hasanah dah tuan empunya mengaku berlakon
Quote Artemesiaa 26-4-2019 12:06 PM
Dah dijangka nampak sangat macam dalam babak lakunan nasib ada yang dah mengakuinya
Quote abangadek 26-4-2019 12:11 PM
walaupun cuma babak lakonan
Quote gummiebear 26-4-2019 12:36 PM
Walaupun cuma lakonan tapi iols terkesan yachh
Quote adik_aza 26-4-2019 01:09 PM
cis babak lakonan rupanya..
Quote ikanmasin 26-4-2019 01:43 PM
fuh2 ngalir jg airmata akk ..
Quote Sazida 26-4-2019 01:51 PM
Wlpn dia kata lakonan, iols tetap rasa ade je kisah sebegini. Cuma kita xtau je. Dpt ilham pn mesti dari kisah benar jgk kan
Quote cewekbopot 26-4-2019 02:49 PM
touched!
Quote makita 26-4-2019 03:17 PM
Mmg da agak da lakonan sbb camera celah2 pokok...tepi depan kiri kanan jalan..celah semak.... tepi batu nesan....tapi meols tetap nangis la part baca surat mak dia tu.
Quote 234126 26-4-2019 03:18 PM
Ya Allah sedihnya. Perit dada tiba2
Quote nora_balqis 26-4-2019 03:27 PM
trgt arwah abah...rindu yg tidak bertepi
Quote jazaa100 26-4-2019 04:05 PM
Cehhh...drama ke...

Ada kisah benar budak kecik 6tahun tetiap hari gi kubur mak dia....main main dgn kwan...bila pkl 6-6.39pm lari balik gi tgok kubur mak dia....kebetulan kubur tu 200m je dari rumah....
Quote shernazz 26-4-2019 06:48 PM
Mmg ada kisah gini uols..
Ada kawan iols ..dia cm xdpt terima hakikat..
Hari hari lepas sekolah pegi kubur mak dia...sebab otw balik dr skola agama je yang lalu kubur...
Dr darjah 4 smpi darjah 6..
Pastu iols xtau pe cite sebab bapak dia dh pindah tmpt lain...huhu..
Quote Orix 28-4-2019 12:51 AM
Tgok tulisan surat tu terus iols speku mcm propa jah. Sekali mmg betul pn propa cettt
Quote Mulotkoyak 28-4-2019 03:54 PM
Vavi btol statement yg last tu...sbb tu ak pelik bole plak photographer snap pic time bc surat tu...br nk kate hebat...skali...dasarrrrrr mak hayemmm btol
Quote haryatie 30-4-2019 07:46 AM
sampai hari ni...
bertahun aku memendam rasa dn terkilan (dari tahun 1987)
nak2 dlm bulan ramadhan ni, menjelang raya
ingat arwah mak buat aku rsa sedih sgt2
siapa la yg x sedih kan..kalau x dpt tengok arwah mak yg buat yg terkahir
x tau dia da ninggal..ikut jerk org bawak gi tanah perkuburan
walau pun msa tu da blur, da da fikir kenapa org bawak aku ke sini
smpai kat situ org tengah baca talkin
dapat tengok pusara jerk
Quote Sang_Pencinta 30-4-2019 07:51 AM
haryatie replied at 30-4-2019 07:46 AM
sampai hari ni...
bertahun aku memendam rasa dn terkilan (dari tahun 1987)
nak2 dlm bula ...

Sedihnya,

Kenapa tak sempat sis?
Quote missflamingo 30-4-2019 09:05 AM
Mmg terkesan tengok babak adik ni ziarah pusara dan nangis. Diri ini juga terus menangis teresak-esak terbayang kalau anak sendiri yg ziarah kubur.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.061370 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top