CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang Gara-Gara Video Rotan Anaknya?

2-5-2019 11:25 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 20810| Komen: 130|Original author: Oleh: intan


Baru-baru ini kecoh seketika apabila Dato' Aliff Syukri ataupun lebih dikenali sebagai Dato' Terlajak Laris memuat naik video di laman instagram beliau. Video yang memaparkan Dato' Aliff meletakkan minyak ke atas luka bada anaknya gara-gara dipukul kerana tidak mendengar nasihat telah mengundang kritik daripada netizen.


Ramai yang menasihatkan Dato' Aliff bahawa perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan sama sekali ke atas budak yang baru sahaja berumur 9 tahun. Dato' Aliff mendakwa beliau memukul anak perempuan beliau yang dikenali sebagai Qadeejah ataupun Cess kerana bertindak membuka tudung di hadapan bukan muhrim. Melihatkan perbuatan itu, netizen berpendapat cara Dato' Aliff amatlah keterlaluan dan melampaui batas.



Setelah menerima kecaman dasyat daripada netizen, Dato' Aliff mengambil langkah untuk menjelaskan keadaan sebenar dan meminta rakyat Malaysia tidak masuk campur dalam hal rumahtangga beliau. Tambahnya, rakyat diminta untuk menjaga anak sendiri daripada sibuk mengenai cara beliau menjaga anaknya.

Namun, tidak pula bagi pihak badan NGO iaitu Persatuan Protect and Save The Child yang merupakan ahli gabungan kanak-kanak Malaysia yang prihatin terhadap isu tersebut. Badan NGO tersebut dilaporkan telah membuat laporan polis pada hari Selasa lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

"Menurut badan NGO tersebut, perbuatan Dato' Aliff itu telah diklasifikasikan sebagai sebuah penderaan terhadap kanak-kanak. Perbuatan memuatnaik video yang didakwa sebagai memalukan kepada anaknya yang mungkin memberi kesan emosi selain kesan fizikal akibat dipukul. Mengikut undang-undang, perbuatan tersebut boleh didakwa dengan kesalahan seksyen 31 di bawah akta kanak-kanak dan keganasan rumah tangga"

Badan NGO tersebut juga mendesak JKM dan pihak berkuasa PDRM mengambil tindakan yang tulus dan segera terhadap perkara ini. - CARI 

Sumber: MStar 
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 2-5-2019 11:31 AM
Eloklah. Nanti ada set set berbangga kena sebat dek hanger getah paip.
Quote fofuler 2-5-2019 11:34 AM
Dah semua nak rekod tunjuk kat dunia. Padankan je muka heolls, kesian anak tu
Quote bondeh 2-5-2019 11:37 AM
Eloklah ambil tindakan kat Tok Alip ni biar jadi pengajaran. Semua benda nak upload nak tayang. Nasib baik berjimak tak ditayangnye. Ramai je ummah kurang pelajaran tapi takdelah kurang cerdik macam dia ni. Trauma Khadijah sian dia. Aduhai sebab buka tudung je. Arwah ayah meolls ala2 pak ostaz dulu masa meolls umur 9 tahun siap cakap takpe belum akil baligh jangan paksa pakai tudung nanti memberontak.
Quote cyber_mania 2-5-2019 11:43 AM
Alif ni kan. Lg org kecam lagi dia suka. Iols tgh tgk whi kt tv3 ni. Dah kenapa dia ni puasa pun belum dh nyanyi lagu raya kt TV?
Quote lolita737 2-5-2019 11:47 AM
dia marah anak dia sbb buka tudung dpn muhrim i setuju..maybe dia nk mengajar..

tp kalau dah ko rotan anak pun ko nk upload apa motif ko dato? dia fikir anak2 dia xda air muka ke..mestilah budak tu malu kalau dh di upload..klu boleh marah simpan sendiri dah la dato..

xyah la nk harap pujian org ramai..sy tau nnt mesti dato suka kan org puji dato sbb mengajar anak mcm tu..

tp budak tu baru 9 tahun dato..jgn di paksa sgt..takut nnt bila besar memberontak lain pulak jadinya.. anak2 ni kita kena sentuh hati mereka..cakap lembut2 dgn diaorg baru diaorg akan faham dan ikut cara kita..

saya sokong je dia kena tindakan undang2..at least biar dia belajar dr kesilapan..lps ni xda la asyik nk upload video humble brag dia tu..
Quote BoongaKertas 2-5-2019 11:48 AM
iols muak tgk perangai dia. dah blocked pun kat socmed tp ada plak yg retweet psl dera dia tu. iols stuju kalau heols dihadapkan ke mahkamah. dah lah pukul anak, ko bangga upload kat socmed pastu justify benda tu atas nama agama??? nak tunggang agama sampai ke syurga ke tu?? annoying yach makhluk ni, ya rabbi!


x kisahlah anak tu maafkan ke x. esok kalau anak tu dah bsr and ada telefon sendiri, tak ke malu anak tu video dia diperlakukan mcm tu ditonton oleh rakyat msia? tak ke disturbed mental sheols?? budak kot! urghhh
Quote LadyCarefree 2-5-2019 11:52 AM
BoongaKertas replied at 2-5-2019 11:48 AM
iols muak tgk perangai dia. dah blocked pun kat socmed tp ada plak yg retweet psl dera dia tu. iols  ...

Sstuju. Dulu marah baem, marah ammar, diupload video bebudsk kena marah nanhis nangis segala. Bapak apa ni tayang aib anak?
Nk marah anak secara private la. Xperlu marah depan 3.1juta manusia.
Quote MatDeghem 2-5-2019 11:57 AM
Report instagram... Biar di tutup IG dato sewel ini.
Quote BoongaKertas 2-5-2019 11:58 AM
LadyCarefree replied at 2-5-2019 03:52 AM
Sstuju. Dulu marah baem, marah ammar, diupload video bebudsk kena marah nanhis nangis segala. Bapa ...

dah nak masuk 2020, ada lg org kaya bodo mcm ni (sorry harsh word used) tp iols cringe dgn semua video dia. dia xleh ke act lelaki normal jer? tak kisah lah ada 2 personaliti ke x ke kan (ofis vs rumah vs public). iols jd nyampah dah kat dia.
Quote Perk77 2-5-2019 11:58 AM
Aku tunggu Bini dia plak nk kata apa...Islamic n sinis je dia bg nnti...
Quote adeqbun 2-5-2019 12:04 PM
org lain lagi nk mrh anak lg snyap2 time dh balik rumah..siap kumat kamit mulut tahan geram..siap ko dh masuk kete nnt..ni lg ditayang2..bodoh la die ni..dh bodoh bebal pastu xnak ngaku slh...mohon bonda die tu libas pastu upload kat public gak
Quote Asdan 2-5-2019 12:11 PM
Edited by Asdan at 2-5-2019 12:13 PM


betul ke jika ibubapa pukul anak, mungkin mereka pun dulu kena pukul, macam keturunan ?
Quote SherryZass 2-5-2019 12:13 PM
adeqbun replied at 2-5-2019 12:04 PM
org lain lagi nk mrh anak lg snyap2 time dh balik rumah..siap kumat kamit mulut tahan geram..siap ko ...

Hahaha. Iolls memahami part mulut terkumat kamit tahan marah nak marah anak.
Quote SherryZass 2-5-2019 12:14 PM
Padankan muka je kat toklip nih kalau betul2. Semua benda nak tayang. Cuba bijak sikit.
Quote weezerfan 2-5-2019 12:20 PM
Tasabar nk tgk mangkuk ni masuk jel. Dasar celaka?!!!!!
Quote Izaabelle 2-5-2019 12:20 PM
Kat WA grup aku ada sampai bertekak konon dia tak pukul tu semua gimik nak lakukan minyak dia sapu kat  cess ke hapa lah nama ank dia klau ia pun memang padan muka klau bole jgn saman akta yng ni je......sue tok akta manipulate orang dia pandai bab ni tau cuma bnyk tak perasan!mcm EU sue google billion sebab manipulate search engine dia
Rasakan tok ingat donia takde undeng undeng "lah"!
Quote farlis 2-5-2019 12:22 PM
Edited by farlis at 2-5-2019 12:24 PM
Asdan replied at 2-5-2019 12:11 PM
betul ke jika ibubapa pukul anak, mungkin mereka pun dulu kena pukul, macam keturunan ?


X semua kut.. Dulu adik i teruk kena pukul dgn bapak i, sbb selalu monteng sekolah..  Tali pinggang tampar semua cukup. I tgk diorang dgn anak tak baran.. Taknk  ikut cara bapak i dulu. Adik i ckp, x nak anak2 rasa apa yg dia rasa dulu, stress ja bila duduk rumah..
Quote Izaabelle 2-5-2019 12:24 PM
BoongaKertas replied at 2-5-2019 11:58 AM
dah nak masuk 2020, ada lg org kaya bodo mcm ni (sorry harsh word used) tp iols cringe dgn semua v ...

Tulah setahu aku makpak aku cita iala bedwaktu stori orng orng kaya ni bijak bijak belake yng ni doh&sombong....... nanti ada lak ckp dia kaya pandai bisness aper.....tapi bisnes orng kaya tulen tak mcm ni
Quote farlis 2-5-2019 12:26 PM
Diorang mng jenis gila glemer.. Laki bini dgn mak dia, sama je.. Semua nk up kt video...  Nk ajar anak, marah anak diam2 blh x??? Kalau kena dakwa pn i sokong.. Too much la

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.045810 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top