CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Si Kecil Nak Berpuasa Juga? Ketahui Cara Latih Anak Tahan Lapar Tanpa Paksaan!

6-5-2019 11:59 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 2199| Komen: 0|Original author: Oleh: intan

Sempena bulan ramadhan yang menjelang tiba ini, mungkin ada di kalangan ibu bapa yang buntu apabila anak meluahkan rasa keinginan untuk berpuasa sama seperti ibu-bapanya. 

Mungkin anda buntu tentang cara yang betul untuk anda melatih si kecil berpuasa tanpa ada perasaan beban dan terpaksa. Jika anak anda berjaya puasa selama satu bulan, tahniah! 

Tapi janganlah pula sehingga memaksa kerana si kecil masih lagi berlatih untuk berpuasa, lainlah ibu bapa, dah jatuh hukum wajib ya!

Foto: WANISTA
Dari sudut pandangan agama pula, adalah digalakkan untuk kanak-kanak mula berpuasa setelah umurnya menginjak 7 tahun hanya jika mereka mampu sepertimana kewajipan untuk bersolat. 

Tips galakkan anak berpuasa tanpa ada unsur paksaan

Berpuasa seharusnya menjadi amalan yang tidak membebankan, malah menyeronokkan. Boleh dapat pahala pula tu tetapi bagaimanakah caranya? Jom kita ikuti tips melatih dan menggalak anak-anak anda untuk berpuasa.

1. Tengok tahap mana kemampuan si kecil

Terapkan kepada anak bahawa solat lebih penting daripada keperluan untuk berpuasa. Dengan ini anak tidak rasa terpaksa dalam menjalani ibadah tersebut. Mulakan dengan aktiviti solat sehari-hari dan kemudian suntik sedikit demi sedikit mengenai kepentingan berpuasa. Jangan sekali-kali membandingkan anak anda dengan orang lain, malah lihat sama ada anak anda betul - betul bersedia untuk berpuasa.

2. Lakukan secara berperingkat

Sebagai langkah permulaan, anda boleh menyuruh anak anda berpuasa untuk beberapa jam, kemudian diikuti separuh hari dan seterusnya. Latihan ini haruslah dipertingkatkan setiap tahun setiap kali tibanya bulan ramadhan. Anak anda lebih bersedia untuk menghadapi bulan ramadhan di setiap tahun baru!

3. Bercerita tentang kelebihan bulan ramadhan

Fahamkan anak mengenai kelebihan bulan mulia ini dengan bercerita atau melakukan aktiviti bersama anak-anak. Aktiviti seperti membaca buku cerita, ataupun menonton cerita kartun mengenai kebaikan bulan ramadhan.

4. Membuat jadual aktiviti untuk anak

Rancang aktiviti untuk anak sementara waktu berbuka. Tidak perlu lasak-lasak atau buat aktiviti luar, dalam rumah sudah memadai. Aktiviti seperti mewarna,melukis, bermain play doh ataupun membuat kraf. Jangan pula biarkan anak menghabiskan masa menonton tv kerana rancangan yang dipaparkan mungkin membuatkan anak nak segera berbuka puasa. 

5. Sediakan makanan kegemaran ketika bersahur dan berbuka

Ibu bapa kena kreatif sikit kerana bukan mudah untuk memastikan anak-anak memperoleh khasiat yang seimbang. Cipta dan cari resipi yang menggabungkan resipi sihat dan makanan kegemaran mereka misalnya kurma smoothie ataupun nugget sayur. Pastikan juga anak - anak dibekalkan dengan air yang cukup supaya tidak terhidrat.

6. Waktu sahur dilewatkan

Semua sedia maklum bahawa melewatkan sahur adalah perkara sunat. Anak anda mungkin akan liat bangun pagi untuk makan sahur. Cipta suasana tenang dan meriah agar anak anda tidak mengantuk. Lewatkan sahur untuk anak anda agar tidak terlepas solat subuh kemudiannya. 

7. Benarkan untk anak anda berbuka tapi dengan syarat

Jika anak anda sudah tak mampu, benarkan mereka untuk berbuka tetapi dengan syarat, iaitu kekalkan mood berpuasa. Katakan kepada anak dengan ayat seperti "kita cuba lagi ya esok" dan kata-kata semangat lain. Terapkan apa yang mereka makan ketika berbuka itu seperti 'sahur semula' dan menghormati orang lain yang berpuasa. Dengan cara ini, anak akan lebih semangat untuk memulakan semula rutin berpuasa mereka.

8. Memberi kata pujian untuk anak-anak

Walaupun anak cuma berpuasa untuk 2-3 jam, pujilah mereka kerana usaha yang ditunjukkan. Bukan mudah tau ibu ayah untuk mula berpuasa. Sokong dan beri kata - kata semangat jika anak sudah mula rasa putus asa. Beri ganjaran yang sebaiknya untuk anak anda yang berjaya puasa penuh seperti baju kegemaran dan lain-lain lagi.

Islam agama yang tidak membebankan dan penuh kasih sayang

Jika anak anda tak mampu berpuasa, usahlah mengeji dan menghina. Malah bukan satu kewajipan lagi pun sehingga akil baligh. Lakukanlah dengan penuh hikmah. Kongsikan pengalaman anda mengajar si kecil berpuasa di ruangan komen. Semoga bermanfaat! -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.032255 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top