CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjinak Ular Pengsan Dijerut Sawa Depan Pengunjung Sarkas

8-5-2019 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7342| Komen: 44

Penjinak ular pengsan selepas dijerut ular ketika mengadakan pertunjukan di sebuah sarkas.



Memetik The Sun, penonton pada awalnya menyangka ia hanya satu gimik pertunjukan sehinggalah lelaki itu dilihat terkapai-kapai sebelum dibantu petugas sarkas.

Pihak berkuasa di Rusia dikatakan dalam usaha mengenal pasti lokasi kejadian berlaku kerana ia tidak dilaporkan kepada polis.

Menerusi rakaman video, penjinak ular itu dilihat memasuki gelanggang dan bermain dengan reptilia berkenaan dalam keadaan tenang.


Foto: The Sun

Namun, dia tiba-tiba rebah selepas ular sawa itu membelit lehernya, lalu dilihat terkapai-kapai seolah-olah meminta bantuan sebelum menjadi semakin lemah dan menyebabkan orang ramai panik.


Berikutan itu, petugas sarkas bergegas memberi bantuan dengan meleraikan belitan haiwan berkenaan dan lelaki terbabit dilihat seperti mengalami kecederaan serius.


Video: Daily Mail

Selepas video itu tular, laporan tempatan menyatakan kejadian dipercayai berlaku sama ada di Makhachkala atau Kizilyurt, Rusia.

Sementara itu, akhbar tempatan popular Komsomolskaya Pravda percaya pertunjukan sarkas itu diadakan di Alexandrov, Vladimir, 122 kilometer dari timur laut Moscow.

Lapor akhbar itu, polis sedang giat mengenal pasti nasib penjinak terbabit dan lokasi sebenar kejadian berlaku. - CARI

Bagus
5

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sitaram 8-5-2019 02:14 PM
jaga2 dgn ular, nampak baik tapi bahaya

cam ph gak la. nampak luar ok, janji itu ini sana sini, pastu, semua dia belit

cai bodoh je yg percaya dgn ulerrrrrrrrr

Quote Iris. 8-5-2019 02:35 PM
Mati lah bukan pengsan
Quote Dovahkiin 8-5-2019 02:58 PM
Mati performer ni. Tp yg dtg leraikan ular tu, bole sakit hati dibuatnya. Ada ke patut leher org tu da patah, sorang angkut kaki, sorang angkut kepala bwk keluar gelanggang.
Quote LipasComel 8-5-2019 03:01 PM
lah mati ke? kesian dia..dahsyat jugak bila ular belit kan.
Quote Atata 8-5-2019 03:02 PM
Dovahkiin replied at 8-5-2019 02:58 PM
Mati performer ni. Tp yg dtg leraikan ular tu, bole sakit hati dibuatnya. Ada ke patut leher org tu  ...

So, mati ke?
Quote EvieWanKenobi 8-5-2019 03:04 PM
kenapa la aksi belit yang dipilihnya..
Quote MissVixen 8-5-2019 03:15 PM
Yang mangsa bodoh pergi lilit sendiri dekat tengkuk buat apa. Dah la kawan dia datang tolong lambat. Siap yang baju merah jatuhkan kepala dia berkali2.
Quote 234126 8-5-2019 03:27 PM
Tak pernah lagi tengok orang main ular berani lilit kat leher mcm scarf. Selalunya dia pegang ekor dan kepala away from leher. Dah tak pasal2 ajal
Quote 234126 8-5-2019 03:32 PM
234126: Tak pernah lagi tengok orang main ular berani lilit kat leher mcm scarf. Selalunya dia pegang ekor dan kepala away from leher. Dah tak pasal2 ajal

Ganas pulak tu helper tu pun. Rentap2 mcm tu je dah tahu leher dia injured. If masih bernyawa terus makin patah tulang leher
Quote puteribaya 8-5-2019 03:34 PM
janagn la pecaya ular..my lecturer pompuan dulu ada pet nama Johnny..sekor pyton yg dia beli kat obesee..kecik je sampai 7 tahun dah besa..dia simpan dalam bath tub umah..we all takut nk p umah dia..walau dia ajak masa raya..lastnya x tau cemana sbb lost contact..harap2 dia x bela lagi
Quote Kurex 8-5-2019 05:15 PM
Aku nak bela ular lidi
Quote ninja boy 8-5-2019 05:42 PM
Patutkah ular kena hukuman diikat dgn kayu lurus supaya sentiasa lurus
Quote uhuStic 8-5-2019 08:14 PM
mana video kena belit tu?
Quote 234126 9-5-2019 04:48 AM
uhuStic replied at 8-5-2019 08:14 PM
mana video kena belit tu?

https://www.google.com.my/amp/s/www.dailymail.co.uk/news/article-6989445/amp/Circus-snake-trainer-strangled-death-constrictor.html
Quote 234126 9-5-2019 04:49 AM
puteribaya replied at 8-5-2019 03:34 PM
janagn la pecaya ular..my lecturer pompuan dulu ada pet nama Johnny..sekor pyton yg dia beli kat obe ...

Kalau iol pun memang tak datang la visit. Takut terlepas mana, dah la ular badan slimy senang nak menyelit2.
Quote guesswho09 9-5-2019 05:16 AM
234126 replied at 8-5-2019 03:32 PM
Ganas pulak tu helper tu pun. Rentap2 mcm tu je dah tahu leher dia injured. If masih bernyawa teru ...

Kat mana u tgk? Video atas tu
tunjuk separuh je
Quote MakareyumSuciey 9-5-2019 06:15 AM
Ganas betul helper tu selamatnya mangsa kan...dia kira ala2 lemas tercekik la ular tu belit...tu yg jatuh pengsan....pastu bila jatuh tu maybe leher dia crack...dtg lagi helper yg sgt ganas nak tolong...dgn angkat dia cara tak betul....kesian tgk cara diorg handle situation camtu.
Quote Orix 9-5-2019 06:46 AM
guesswho09 replied at 9-5-2019 05:16 AM
Kat mana u tgk? Video atas tu
tunjuk separuh je

Kt utube ada video nya
Quote cmf_premierleag 9-5-2019 06:49 AM
org rusia ni mmg suke bebenau dgn sarkis kan
ms ah gong kawen pun ada gak sarkis dlm majlis

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.214499 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top