Dua beradik menjadi mangsa nafsu serakah bapa tiri sendiri. Mawar,19 dan Melati,16 dicabul dan dirogol oleh Paijo, 67 yang bekerja sebagai buruh pabrik kayu di Palaran, Indonesia.
Tribun News melaporkan, kedua-duanya sudah tujuh tahun menjadi tempat pemuas nafsu iaitu dari tahun 2012 lagi. Kedua-duanya dipaksa melayani nafsu bapanya sebanyak tiga kali dalam sehari secara bergilir-gilir. Menurut sumber, sebelum melakukan hubungan seks, si bapa akan mendatangi anaknya sebelum tangan mangsa diikat dengan kabel seterika dan mulutnya disumbat dengan kain. Lagi keji apabila ibu mangsa mengetahui perbuatan suaminya namun langsung tidak membantu anak-anaknya.
Malah bagi melindungi suaminya, dia memberi pil cegah hamil kepada kedua-dua mangsa. Dia dipercayai bertindak demikian kerana takut hilang tempat bergantung sekiranya suspek dipenjara. Menurut sumber segalanya terbongkar apabila mangsa yang sudah tidak tahan dengan kelakuan suspek telah mengadu kepada jirannya. Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membuat laporan dan polis telah menahan suspek. Dia didakwa atas kesalah melakukan serangan seksual pada mangsa bawah umur. -CARI
|
2
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
2
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
TravellingBear replied at 10-5-2019 10:54 AM
3 kali sehari uolsss.... org sini nak dpt sekali sehari pon payah... paling2 seminggu sekali. Tu pon ...
dua_chzy replied at 10-5-2019 11:26 AM
Ni la jantan. Bila tak gay, dia pi rogol anak sundri.
ADVERTISEMENT