Kedatangan penghantar barang ataupun lebih dikenali sebagai posmen tidak kira daripada syarikat mana pun pasti ditunggu oleh pembeli yang membeli barangan secara online. Sudah pasti, amanah yang dipikul haruslah dilaksanakan sebaik mungkin tidak kira waktu, cuaca yang mendatang dan sebagainya.
Pengorbanan mereka sangat besar walaupun sering terpalit dengan isu antara pelanggan dan syarikat tertentu mengenai kecepatan sesuatu barang yang diamanahkan supaya sampai ke tangan penerima. Menurut perkongsian seorang pengguna facebook baru-baru ini, Noorhashim Mohamad, beliau telah menceritakan pengalaman seorang individu yang telah menjemput dua orang 'abang posmen' untuk beriftar sekali memandang telah masuk waktu berbuka puasa. Sebak pun ada! Pengguna facebook tersebut juga sempat memberi pesanan kepada pembeli di luar sana supaya sentiasa sabar menunggu kedatangan posmen, tambahan pula dengan sambutan hari raya yang bakal menjelang tiba ini. Sudah pasti terdapat lambakan barang sedang menunggu untuk dihantar. Perkongsian facebook itu telah mendapat lebih kurang 8 ribu 'likes' dan ramai yang meluahkan simpati kepada mereka yang bekerja keras dan memuji tindakan individu terbabit berkongsi nikmat berbuka bersama-sama. Netizen juga meluahkan rasa kesyukuran, malah ada yang 'tag' syarikat Pos Malaysia supaya melihat kegigihan pekerja mereka. Pos Laju tengok sikit anak buah ni... |
ADVERTISEMENT