Bagi sesiapa yang biasa duduk sekolah asrama pasti mengetahui bahawa ibadah seperti solat akan dilakukan secara berjemaah. Tiada siapa pun yang akan terlepas terutamanya daripada warden yang sangat dedikasi dengan tugasnya. Semua pelajar wajib turun ke surau tanpa sebarang alasan.
Sama juga seperti warden ini yang mempunyai strategi unik untuk mengejutkan pelajar di sebuah sekolah untuk bangun sahur dan solat Subuh. Dengan deruman enjin yang bingit itu pasti akan membuatkan tidur pelajar tidak lena. Ada yang merasakan perbuatan warden ini agak melampau, pun begitu ada netizen yang terhibur dengan fi'ilnya itu. |
ADVERTISEMENT