Sejak akhir-akhir ini seakan menjadi trend setiap netizen mahu berkongsi cerita atau gambar yang mereka lalui di media sosial. Antara yang popular ialah merakamkan gambar individu sedang melakukan sesuatu lalu menulis situasi tersebut dengan alasan sebagai pengajaran. Ada yang berkongsi momen menarik, sedih sehinggakan perkara memalukan turut disiarkan sekali. Bagaimanapun, sejauh manakah perbuatan memaparkan gambar orang tidak dikenali ini seharusnya dibenarkan? Adakah ia terhad kepada mendedahkan salah laku semata-mata? Bagaimana pula jika mengambil gambar individu lain dengan harapan mahu mencontohinya? Lelaki ini membawa dimensi baru terhadap perbuatan mengambil gambar orang lain lalu menyiarkan di media sosial. Sebenarnya ia adalah perbuatan tidak beretika kerana tidak meminta kebenaran orang tersebut untuk memaparkan wajah mereka. Tetapi, berlainan dengan situasi sekarang yang seperti berlumba-lumba merakamkan cerita menarik.
Aksi pasangan Warga Mas ini boleh dilihat sangat rapat dan saling berpegangan tangan antara satu sama lain. Malahan, mereka sendiri pasti tidak menyangka bahawa gelagat mereka dirakam sehingga disebar serata media sosial. Walaupun tujuan gambar ini dengan kapsyennya memuji sikap romantis pasangan ini, namun wajarkan ia disebarkan tanpa kebernaran? Jika ini adalah ibu bapa kepada mereka yang menyiarkan gambar ini, adakah mereka akan berdiam diri? Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat tersebut kerana terlalu ramai individu yang mengambil kesempatan untuk memaparkan cerita yang boleh meraih perhatian supaya cepat popular. Namun, tindakan tersebut sebenarnya tidak beretika. Jika hendak membandingkan perbuatan jurugambar profesional yang bekerja dengan organisasi media pastilah jauh berbeza kerana golongan ini bekerja dengan etika. Mereka juga meminta izin terlebih dahulu daripada subjek sebelum menyiarkan sebarang berita atau gambar, berbeza dengan netizen yang sekadar mahu meraih perhatian. "Betul tu, orang akan stop buat benda tak berfaedah ni bila dah kena saman nanti. Tengok tak percaya." Sementelah lagi perbuatan sebegini semakin menjadi-jadi apabila post tersebut banyak dikongsi oleh orang lain hingga membuatkan mereka popular. Namun, popular di atas ketidakpekaan orang lain adalah kelakuan tidak beretika. Sedangkan orang kenamaan sekalipun tidak memaparkan muka sebahagian ahli keluarga mereka dengan alasan tertentu, tapi kita? Jadi, apa pendapat anda? Perlu kah kita melayan post sebegini lagi setelah menyedari situasi sebenar? - CARI
|
senahitam replied at 14-5-2019 11:08 AM
series aku pun x suka org amik gambar sesuka hati, contoh kita beli barang online, pastu org datang ...
Intanmahsuri replied at 14-5-2019 10:49 AM
Lapar like and viral semua tu...ekekekekekek
shamsadis replied at 14-5-2019 11:51 AM
negara middel east, kalau ada amik gambar orang, ada dipenjara
DididanNana replied at 15-5-2019 05:21 PM
i pun cukup tak suka bila org simply snap pic kita then upload di soc media sesuka hati... ada ke ak ...
ADVERTISEMENT