Menurut portal berita Malay Mail, sebuah papan iklan yang dipasang merentangi sebuah jejantas di Melaka telah diturunkan Majlis Bandaraya negeri itu (MBMB) atas arahan Datuk Bandar kerana mengandungi perkataan 'kthxbye' yang dikatakan kurang sesuai.
Billboard itu mengiklankan makanan ringan keluaran Mamee yang menunjukkan maskotnya, Mamee Monster di samping tulisan 'kthxbye' yang bermaksud 'Okay, thank you, good bye' yang popular dalam bahasa perbualan di media sosial. Arahan penurunan papan iklan oleh Datuk bandar Mansur Sudin itu dikatakan dikeluarkan selepas gambar jejantas yang terletak berdekatan Masjid Negeri Al-Azim itu manjadi tular. Alasan yang diberikan adalah bahasa yang kurang sesuai. Sejurus selepas diturunkan, sebuah papan iklan dinaikkan untuk menggantikannya dengan tulisan baru 'Semoga berjumpa lagi, bye bye'. Berkata kepada Astro Awani, Datuk Bandar memaklumkan iklan baru itu dinaikkan pada Jumaat, 10 Mei lalu. 'Syarikat perlu mendapatkan kebenaran MBMB sebelum menaikkan sebarang papan iklan dan kami biasanya akan menilai ksesuaian mengikut peraturan sebelum memberi kelulusan,' katanya. Tambahnya lagi, MBMB meluluskan semua papan tanda dalam Bahasa Malaysia asalkan tidak bertentangan dengan budaya setempat dan mesti menggunakan laras bahasa yang tepat. Agaknya, Syarikat Mamee tersilap mengupah budak WeChat untuk menulis iklannya. Bagaimanapun, dari sudut positif iklan itu sempat tular dan menjadi bualan ramai. Ia satu keuntungan buat Mamee. - CARI
|
RatuDunia94 replied at 14-5-2019 10:28 AM
Iols ingatkan selama ni sebutannya "KETEHEKBAI"
pittjie replied at 14-5-2019 10:32 AM
Ya Tuhan .. akak ke yang bengap tak leh decode nate tu?
ADVERTISEMENT