Bersempena Hari Ibu baru-baru ini, jenama roti terkenal Massimo mengumumkan pemenang utama untuk peraduan yang dinamakan sebagai Massimo Mother's Day Contest 2019.
Pemenang utama berjaya mendapat sebuah kereta Perodua Bezza GXtra Automatic (1.0) yang sekaligus mengalahkan 45,000 penyertaan yang lain. Majlis tersebut adalah bagi menyerahkan hadiah utama tersebut kepada Chai Sik Fen dan berlangsung di FFM Berhad. Tahun ini, Massimo hadir dengan peraduan Hari Ibu yang lebih gah dan besar apabila menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM90,000. Terdapat 700 pemenang bertuah yang telah dipilih termasuk hadiah utama berupa kereta Perodua Bezza, hadiah pertama voucher beli-belah bernilai RM5,000 dan hadiah mingguan berupa voucher beli-belah bernilai RM50 kepada 640 pemenang, selama 2 bulan peraduan ini dijalankan.
Untuk rekod, peraduan tersebut berlangsung dari 1 Mac sehingga 30 April. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!
|
tagas replied at 14-5-2019 03:56 PM
massimo cina cilake punye
konfem la cina daPiG yg menang
ADVERTISEMENT