Bubur Lambuk adalah makanan yang kebiasaannya hanya boleh dijumpai ketika bulan Ramadan. Jika korang biasa berbuka di masjid atau surau, bubur lambuk selalunya akan diberi secara percuma oleh mereka kerana kos pembuatannya yang rendah dan mudah untuk dibuat.
Lain pula yang berlaku di Warong Pak Hassan, pelanggan sanggup beratur untuk mendapatkan bubur lambuk seawal jam 9 pagi. Ya, 9 pagi pun orang dah beratur! Kadang kala, bubur lambuk Pak Hassan habis dijual sekitar 4 petang, punyalah laju habis! Apa istimewanya bubur lambuk Pak Hassan ni? Menurut pelanggan tetap bubur lambuk Pak Hassan, rasa bubur di sini lebih pekat rasanya berbanding di tempat lain, rasanya juga cukup dan sedap.
Tambahan pula, bubur lambuk Pak Hassan adalah resepi turun temurun dan sudah lama dikenali di sekitar Kuala Lumpur, jadi memang logiklah semua orang beli di sini. Buat korang yang teringin nak rasa bubur lambuk Pak Hassan ni, korang boleh beli di Warong Pak Hassan, Kampung Baru. Lokasi warung pula adalah berhadapan dengan bangunan DBKL. Tapi datang tu awal sikit ya, jangan pula datang pukul 5 petang. Apa pun tak dapat nanti! - CARI |
Sazida replied at 14-5-2019 09:00 PM
Sedappp okayy bubur lambuk dia. Xmasin sgt. Xde rasa rempah. Lebih kpd rasa daging. And yes mmg rama ...
umbut replied at 14-5-2019 07:50 PM
Aku dari kecikkkk x suka bubur lambuk.. bau je rasa nak muntah.. maaf yek.. tgk org mkn selera. Aku ...
hyie replied at 14-5-2019 09:31 PM
satu bekas kecik tu RM berapa nyah?
ADVERTISEMENT