CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Peserta Kontroversi MasterChef UK Keluar Buku Masakan ‘My Rendang Isn't Crispy’

15-5-2019 10:02 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6604| Komen: 27|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Masih ingat dengan peserta MasterChef UK kelahiran Kuantan yang tersingkir di peringkat suku akhir kerana masakan rendangnya dikritik ‘tidak rangup’ oleh salah seorang jurinya? 

Juri itu kemudiannya mendapat kecaman ramai termasuklah rakyat Malaysia.


Zaleha Kadir-Olpin yang kini popular di Facebook dengan gelaran That Rendang Lady membuat pengumuman kelmarin mengenai penerbitan sebuah buku masakannya tidak lama lagi.


Kredit foto:

‘Saya tidak sabar untuk memberitahu anda semua bahawa selepas berbulan-bulan mengusahakan penulisannya, ianya tidak lama lagi akan beredar di pasaran’ kata bekas akauntan Petronas itu.

Menurutnya lagi, buku masakan itu diberikan tajuk 'My Rendang Isn't Crispy and Other Favourite Malaysian Dishes' diilhamkan daripada masakan-masakan yang diminatinya sejak kecil lagi. 



Kredit foto: Carian Google

Sinopsis buku tersebut di Amazon menyatakan bahawa antara resipi masakan yang dimasukkan termasuklah laksam, iaitu masakan khas Pantai Timur Malaysia, nasi lemak, dan rendang ayam iaitu menu kontroversi yang dihidangkannya ketika tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK.


Kredit foto: Carian Google

Zaleha menyatakan beliau mengekalkan kaedah memasak tradisi yang diturunkan oleh ibu dan neneknya, tetapi tetap sesuai untuk dapur moden.
Buku yang diterbitkan oleh Marshall Cavendish International ini bakal beredar di pasaran mulai 1 Julai di seluruh Asia.


Kredit foto: Carian Google

Semoga berjaya kepada Zaleha. Persoalannya, sejauh manakah publisiti lama dan kontroversi yang pernah melanda beliau akan membantu melariskan penjualan buku masakan ini? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 15-5-2019 10:36 AM
woww.. i rasa cam segan lak dia buat title buku camtu. cam dendam tak sudah2. ke i sorg je rasa canie?
Quote Sang_Pencinta 15-5-2019 10:41 AM
ninjago replied at 15-5-2019 10:36 AM
woww.. i rasa cam segan lak dia buat title buku camtu. cam dendam tak sudah2. ke i sorg je rasa cani ...

Bukan dendam ni, dia nak menggunakan kontroversi lama sebagai publisiti murahan untuk promo buku dia

masalahnya kisah tu dah lapuk, banyak orang dah lupa kot
Quote Sang_Pencinta 15-5-2019 10:42 AM
Katakan dia guna title biasa, pasti orang tak tahu pun dia siapa
Quote Artemesiaa 15-5-2019 11:52 AM
Pandai guna isu sebagai cara marketingnya
Quote RatuDunia94 15-5-2019 12:21 PM
Lbh kpd marketing n publicity..
Rasa2 kalau dia guna tajuk "Malaysian food heritage" jah.. org whoayuss kan jah..
Quote ikanmasin 15-5-2019 01:07 PM
nak promote buku masakan sendiri..kene lah cr
tajuk yg hebat gitu..
Quote Supersirap 15-5-2019 01:11 PM
where can i get this book?
Quote Sang_Pencinta 15-5-2019 01:18 PM
Supersirap replied at 15-5-2019 01:11 PM
where can i get this book?

Amazon, but available on 1st July

https://www.amazon.com/Rendang-Crispy-Favourite-Malaysian-Dishes/dp/981484151X/ref=sr_1_fkmrnull_1?keywords=rendang+crispy&qid=1557897448&s=books&sr=1-1-fkmrnull
Quote None68 15-5-2019 10:40 PM
Oklah tajuk tu so saper beli buku ni smpi 7 keturunan tau kisah juri sengal tu.
Quote Foxey 15-5-2019 11:31 PM
Aptly named {:good
Quote kroit92 19-5-2019 09:26 AM
None68 replied at 15-5-2019 10:40 PM
Oklah tajuk tu so saper beli buku ni smpi 7 keturunan tau kisah juri sengal tu.

juri sengal
masa "tragedi" tahap global ni terjadi, aku pun tak berapa kisah sangat
sebab macam dah agak, peserta bertudung, masak masakan exotic bagi orang sana
orang putih, racism, islamophobia, macam, tunggu masa je jadi..

tapi sampai satu tahap aku pun rasa juri tu sengal, waktu dia api-apikan 2 negara, Malaysia dengan Indonesia
dia jadi batu api. bangkitkan asal-usul rendang. lepas tu namaste tiba2
nahh, sekali satu nusantara turun bergabung, dengan Singapore, Brunei join tentera bawang Malaysia Indonesia.
rendang Nusantara punya. adoi, PBB terbentuk, Pertubuhan Bawang Bersatu
Quote None68 19-5-2019 12:05 PM
kroit92 replied at 19-5-2019 09:26 AM
juri sengal
masa "tragedi" tahap global ni terjadi, aku pun tak berapa kisah sangat
sebab mac ...

Hahaha ini baik punya analisis.
Quote KekDurian 20-5-2019 12:01 AM
Ada lg ke org yg beli buku resipi? Google je mcm2 resipi bole dpt..x pun buat versi ebook
Quote lattehazelnut 20-5-2019 12:08 PM
Sorry la.. tgk kaler rendang pun tau xcukup masak/ingredient n xsedap..
Quote HannahMontana 20-5-2019 02:21 PM
tajuk sesuai juga boleh buat juri bodoh tu kembali terasa  kebodohannya xlayak jadi juri nak menilai rendang yg mak juri tu sendiri xpernah masak pun.
Quote sarahmirza 20-5-2019 02:52 PM
Okay la tu..
Tepat mengena.
Sesekali tunjuk bodoh kokesen pulak.
Terus jadi sejarah....
Ala2 kisah parameswara

Quote salmon-suki 20-5-2019 07:09 PM
kroit92 replied at 19-5-2019 09:26 AM
juri sengal
masa "tragedi" tahap global ni terjadi, aku pun tak berapa kisah sangat
sebab mac ...

Juri y tu mmg sengal..thats why aiolzs suka tgk aussie version..so far xde plak y masak rendang juri2 ckp skin isn't crispy...mat2 saleh tu kena laa embrace differences in the culture jgk..dorg mmg suka crispy skin,tp org kita kalau dah masak rendang mmg campur semua..dah tak kisah psl texture skin tu..

Lagipun best je rasa kulit ayam dlm rendang,asalkn rasa rendang tu betul2 cukup..
Quote iznanaziz 21-5-2019 03:47 PM
None68 replied at 15-5-2019 10:40 PM
Oklah tajuk tu so saper beli buku ni smpi 7 keturunan tau kisah juri sengal tu.

i tak brp tau sgt kisah ni.  Juri tu sapa?
kira hebat la, dia bertanding kat UK.
Quote None68 21-5-2019 03:53 PM
iznanaziz replied at 21-5-2019 03:47 PM
i tak brp tau sgt kisah ni.  Juri tu sapa?
kira hebat la, dia bertanding kat UK.

U google jer rendang crispy..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.104693 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top