Foto Google Pencetus Ummah (PU) Azman menjelaskan kekeliruan yang melanda umat Islam berhubung isu menelan kahak ketika berpuasa. Perkara itu dimuat naik menerusi Instagramnya yang menjelaskan tentang beberapa hukum diperkatakan ulama.
"Kalau kahak itu belum sampai ke kawasan mulut iaitu masih di kerongkong, maka tak batal kalau telan. Tak perlu ambil pelocok jamban untuk tarik keluar. "Tapi, ulama beza pendapat kalau kahak dah sampai ke kawasan mulut. Ada ulama yang mengatakan batal dan ada yang mengatakan tidak batal. Lebih baik dibuang kerana kahak adalah kotoran. "Tapi kalau kahak tu dah sampai keluar bibir, kemudian keluarkan lidah bawak masuk balik dan telan, ia sah batal. "Manalah tahu mungkin ada yang kahak kuning terbayang macam mustard sauce dengan kentang tu," tulisnya. Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada PU Azman diatas penjelasan jelas yang dikongsikannya itu. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|