Para netizen di negara ini menyambut baik keputusan Astro Awani untuk menangguhkan slot bual bicara bersama aktivis gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Numan Afifi. Numan yang juga Presiden Kempen Pelangi pada mulanya dijadualkan muncul dalam program bual bicara Let's Talk bersama Sharaad Kuttan di saluran 501 Astro Awani pada 14 Mei, pukul 10.15 malam. Namun, pada hari yang sama, pengumuman tentang penangguhan itu dibuat oleh Sharaad melalui Twitter dan beliau turut meminta maaf tentang perkara tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian besar netizen yang beragama Islam menyifatkan langkah itu sebagai tepat lebih-lebih lagi dalam suasana umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan. Mereka turut menyatakan penangguhan tersebut selaras dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menolak amalan budaya songsang LGBT di negara ini. Netizen turut memberi peringatan bahawa tindakan mengetengahkan seorang aktivis LGBT seperti Numan boleh merosakkan akhlak golongan muda dan menyinggung sensitiviti umat Islam. Mereka menegaskan bahawa hubungan sejenis adalah diharamkan dalam Islam dan perkara itu dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran. Bagaimana pula dengan reaksi Numan berikutan penangguhan itu? Sudah tentu dia tidak gembira. |
ninjago: numan dia yg PA syed saddiq tu ke?
noraidil_06: That numan guy, is he gay? If yes, good riddance
ADVERTISEMENT