Dalam kehidupan seharian, manusia memerlukan aura positif dan baik bagi memulakan hari. Kadang kala, kita sudah bersemangat untuk memulakan hari dengan positif tetapi orang sekeliling seperti tidak memberi galakan mental dan akhirnya kita juga terjebak dengan negativiti.
Berikut merupakan tiga jenis orang yang patut dihindari dalam pergaulan: Ada sesetengah perkara, apabila orang lain menyebut, barulah kita terfikirkannya. Contohnya, "makanan ni masin betul kan?", "sikitnya makanan jiran bagi ni..." atau "hishh.. panasnya harini..". Ada sahaja perkara yang ingin dirungutkan, kalau boleh semua pun tak kena. Penatkan nak melayan? Sikap ini akan membuatkan kita tidak bersyukur dengan apa sahaja yang kita miliki dan hadapi. Individu seperti ini juga membuatkan suasana yang tadinya baik menjadi negatif. 2. ORANG YANG NEGATIF Orang seperti ini tidak suka membicarakan tentang hal-hal yang positif tetapi sebaliknya. Contohnya, suka bicara buruk tentang orang lain, menghina dan memandang rendah orang lain. Mungkin kita bukan seperti itu, tetapi tidak mustahil jika kita bergaul dengan orang seperti ini, kita juga akan melakukan hal yang sama. Kalau hari-hari duduk semeja dengan 'mak cik bawang', takkan hari-hari dengar je, mesti akan ada satu masa kita akan terjebak sama. Tapi dalam kes 'mak cik bawang', kita pegang prinsip macam ni lah: KALAU KITA TAK SUKA ORANG BUAT KITA, KITA JANGAN BUAT ORANG LAIN. Contoh, kalau tak suka orang lain mengumpat pasal kita, jangan kita mengumpat pasal orang lain. Mudahkan formula ini. 3. SOS (SENANG tengok ORANG SUSAH, SUSAH tengok ORANG SENANG) Kalau nampak orang lain bahagia, lebih daripada dia, ada saja yang tak kena dan dengki. Kalau nampak orang susah, berada di bawah, dia pula bahagia. Orang seperti ini tidak suka melihat orang lain berkembang maju. Kalau dia susah, dia mahu orang sekelilingnya sama-sama susah supaya dia tidak susah keseorangan. APA JADI KALAU TERUS BERADA BERSAMA 3 JENIS ORANG INI? 1. SUSAH UNTUK MAJU KEHADAPAN 2. SUSAH UNTUK KELUAR DARI ZON SELESA 3. SUSAH UNTUK BERJAYA 4. SUSAH UNTUK BAHAGIA - CARI SUMBER: MOTIVATOR MERRY RIANA |
EvieWanKenobi replied at 14-6-2019 12:18 AM
Alhamdulillah dikelilingi oleh yang baik2 aje..
EvieWanKenobi replied at 14-6-2019 12:18 AM
Alhamdulillah dikelilingi oleh yang baik2 aje..
ramaramu replied at 14-6-2019 09:09 AM
alhamdulillah.. rezeki u..
if ada kawan toksik, we avoid or limit seeing them.
ip_lepat replied at 13-6-2019 05:08 PM
ADVERTISEMENT